GLC: Dulu rugi, sekarang untung

Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

YB DATO IR. HJ AMIRUDDIN HAMZAHALOR SETAR Di bawah pengurusan baru, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah, beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya memeperbaiki prestasi kewangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Permodalan Kedah Berhad yang mengalami kerugian RM555 ribu pada tahun 2008 berjaya mencatat keuntungan pada tahun 2009 dan 2010, masing-masing berjumlah RM678,770 dan RM677,650.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah pada Sidang Dewan Negeri Yang ke 12, di sini.

Sebuah lagi GLC, YIKED Holdings Sdn Bhd (YHSB) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah juga mencatat keuntungan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.

“Bagi tahun 2005 YIKED Holdings rugi RM283 ribu, 2006 untung RM392 ribu, 2007 rugi RM57 ribu.

“Alhamdulillah 2008 untung RM679 ribu, 2009 untung RM270 ribu dan 2010 untung RM570 ribu,” ujar beliau.

Faktor ini disebabkan beberapa langkah yang diambil oleh pengurusan baru meletakkan dasar kepada GLC supaya menghadkan pemberian sumbangan maksimum kepada RM1,000 sahaja untuk setiap pemohon sumbangan.

Selain itu, tajaan dan sumbangan kepada pihak yang tiada kaitan dengan syarikat juga telah dikurangkan, menyebabkan penurunan kos yang besar dari segi perbelanjaan am dan pentadbiran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: