Najib takut punca SPRM tidak siasat Taib Mahmud

SARAWAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi antara punca utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Baru Bian, berkata ia dapat dilihat melalui sikap berdiam diri SPRM walaupun pendedahan mengenai kekayaaan Taib Mahmud kerap didedahkan.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Baru Bian menyifatkan sikap pengecut Najib menyebabkan SPRM tidak berani menjalankan tanggungjawab dan hanya bersikap menunggu arahan pihak atasan.

“Najib percaya Taib Mahmud mampu memberi kemenangan dalam pilihan raya Sarawak. Ini yang menyebabkan sampai sekarang dia (Taib) tidak disiasat SPRM.

“Bagi Najib, yang penting bukan rakyat tetapi kemenangan kerusi. Banyak berlaku penyelewengan, tetapi tiada apa tindakan yang diambil daripada mana-mana pihak,” katanya.

Baru Bian berkata, jalan terbaik untuk menjatuhkan Taib Mahmud ialah melalui pilihan raya umum akan datang ekoran keengganan ketua menteri itu melepaskan jawatannya lebih 30 tahun berkuasa.

“Diktator seperti itu susah diajar. Kaedah terbaik untuk jatuhkan beliau melalui pilihan raya memandangkan Najib sendiri tidak mengambil sikap sewajarnya sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Sarawak belajar dari pengalaman Mesir yang menggulingkan pemerintah kuku besi.

“Semua rakyat Sarawak mesti ambil iktibar, bagaimana rakyat bersatu menjatuhkan pemimpin yang menindas dan membelakangkan kepentingan orang ramai,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: