Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON95

April 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 April — Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON95.

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri di Menara Berkembar Petronas sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu “All The Way”.

Bagaimanapun harganya sama dengan harga RON95.

Dipetik Bernama Online, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBD, Amir Hamzah Azizan berkata pelancaran Primax 95 Xtra menunjukkan kepentingan kajian dan penambahbaikan berterusan kepada rangkaian produk Primax.

“Kami juga percaya bahawa pertumbuhan tidak sahaja dalam bilangan stesen perkidmatan Petronas yang kami ada tetapi juga berteruskan meningkatkan kualiti minyak kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: