PR jual janji tapi BN dah lama jual maruah dan gadai kekayaan negeri

Najib bercakap sebagai kerajaan yang memerintah. Adalah menjadi tanggungjawab sesiapa pun yang memerintah untuk melaksanakan pembangunan. Menurut Najib “usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan BN bukanlah kerana berlangsungnya pilihan raya negeri berkenaan tetapi sejak NKRA dilaksanakan pada tahun lalu lagi.”

Kenyataan Najib ini sekali gus mengakui bahawa baru setahun inilah kerajaan BN berusaha membangunkan negeri Sarawak kerana menyedari pilihan raya negeri bakal dilangsungkan.

Duit yang digunakan untuk pelbagai projek pembangunan adalah duit hasil pelbagai bentuk percukaian ke atas pengeluaran hasil mahsul negara dan sebahagian lagi datangnya daripada poket Rakyat tanpa mengira parti. Najib tak perlulah berbangga mengatakan segala projek hanya mampu dijalankan oleh kerajaan BN.

Janganlah angkuh mengatakan Pakatan Rakyat hanya menjual janji. Jika Rakyat memberi peluang untuk Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri di Sarawak selepas 16 April nanti, tidak mustahil segala janji yang dibuat dalam manifesto mampu ditunaikan. Ini terbukti di negeri-negeri yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun dianaktirikan oleh kerajaan pusat, tapi pembangunan dan kebajikan Rakyat negeri-negeri berkenaan lebih terbela dalam jangka masa beberapa tahun berbanding negeri-negeri yang tunduk di bawah BN selama lebih 53 tahun!

Ayuh pribumi Sarawak, bangun dan kembalikan hak kepada RAKYAT. PR MAMPU MELAKSANAKANNYA!!!

Berkaitan:

 

Pakatan Rakyat hanya jual janji, kata PM

Datuk Seri Najib Razak berkata, parti Pakatan Rakyat menerusi manifestonya iaitu “Jom Ubah Sarawak” pada pilihan raya negeri Sarawak dilihat lebih bersifat sekadar menjual janji.

NONEPerdana Menteri berkata, sebaliknya usaha-usaha pembangunan prasarana yang sedang dilaksanakan kerajaan BN di Sarawak ketika ini bukanlah disebabkan berlangsungnya pilihan raya itu tetapi telah dilaksanakan sejak tahun lalu lagi.

“Pembangkang, dia buat janji, bukan jaminan, tapi Barisan Nasional manifesto kita ini merupakan usaha yang sedang berjalan, buktinya NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita dilaksanakan dan kita beri keutamaan dari segi pembangunan prasarana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat Taman Industri Automatif di Pekan, hari ini.

NONEBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas manifesto parti pembangkang pada pilihan raya negeri itu iaitu ”Jom Ubah Sarawak” yang diuar-uarkan pakatan pembangkang untuk membawa perubahan di Sarawak.

Perdana Menteri berkata, usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan BN bukanlah kerana berlangsungnya pilihan raya negeri berkenaan tetapi sejak NKRA dilaksanakan pada tahun lalu lagi.

NONE“Begitu banyak projek prasarana yang (kerajaan BN) buat di Sarawak, malah dalam dua tahun ini sehingga 2012, sasaran kita kecapaian mungkin terbesar dalam sejarah Malaysia dari segi pembangunan prasarana air, api dan jalan dan membantu baik pulih rumah-rumah buruk dan sebagainya,” kata Najib.

“Ini bukan kerana pilihan raya tapi (perogram pembangunan) berjalan sejak NKRA dilaksanakan pada tahun lepas, pembangkang dia cuma buat janji, jual janji,” kata Najib.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: