SMM akan teruskan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 10 April: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tetap akan meneruskan program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat seperti yang dirancang, sebaik sahaja mereka dibebaskan oleh pihak polis lewat petang ini.

Jika sebelum ini mereka mengadakan program dengan menyebarkan risalah ke Seremban dengan menaiki komuter, kini mereka terpaksa menukar lokasinya dengan hanya terhad di kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin menegaskan, program tersebut tetap akan diteruskan bagi menyedarkan semua pihak tentang pendirian mereka yang menolak sekeras-kerasnya budaya politik kotor yang sedang bermaharajalela di tanah air kita sekarang.

Menurut beliau, di awal program pagi tadi, mereka hanya sempat mengedarkan sekitar 200 risalah di Seremban ekoran terlalu ramai pihak polis dari unit Special Brand yang mengawal dan menghalang pergerakan mereka di kawasan itu.

Katanya, risalah tersebut diedarkan oleh rakan-rakannya yang berjumlah 60 orang terdiri daripada para pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

“Risalah yang kami edarkan itu adalah risalah yang mengandungi pendirian kami yang menolak politik lucah dan penayangan video lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibarahim yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang.

“Kami sebenarnya tidak peduli siapa yang dibabitkan dan siapa yang disyaki, tetapi tindakan seperti itu terpaksa kami tentang kerana ia tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita yang berintegriti, sehingga menjadikannya jelas melanggar norma-normal pemimpin negara kita,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily, lewat petang ini.

Selain penolakan terhadap politik lucah, menurut beliau, di dalam risalah itu juga turut mengandungi pendirian mereka yang menolak rasuah di negara ini dan pendidikan seks di sekolah-sekolah.

“Kami juga turut berhasrat untuk memberitahu kepada pelbagai pihak terutama pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang perjuangan kami terhadap hak, demokrasi dan autonomi di dalam dan di luar kampus,” tegasnya.

Namun beliau amat kesal kerana tujuan murni mereka itu telah menyebabkan 11 orang ditangkap oleh polis selepas mereka mengadakan sidang media di stesyen KL Sentral, Kuala Lumpur, jam 10.30 pagi tadi dan ditahan di Balai Polis Jalan Travers.

Di antara mereka yang ditahan itu termasuklah tiga wartawan dan jurugambar yang membuat liputan termasuk seorang wartawan dan jurugambar dari akhbar Suara Keadilan dan seorang jurugambar dari TV Selangor, tetapi telah dibebaskan oleh pihak polis tengah hari tadi.

Manakala 8 yang lain terdiri daripada para pelajar IPTA termasuk beliau, Setiausaha SMM, Izuddin Hilmi, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (YDP PMIUM), Mohd Safwan Anang dan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (YDP PMIUPM), Mohd Hazim Mohd Noh.

“Berdasarkan perkembangan terkini, kelapan-lapan kami akan dibebaskan lewat petang ini dengan jaminan polis. Sebaik dibebaskan, kami akan mengadakan sidang media di hadapan Balai Polis Jalan Travers,” tegasnya.

Selesai sidang media, katanya, mereka akan meneruskan program yang dirancang walaupun akan dihalang oleh pihak tertentu, setelah hasrat mereka untuk mengedarkan sebanyak mungkin risalah tersebut kepada orang ramai terhalang dengan tindakan pihak polis sejak pagi tadi.

“Tiada sebab kami mesti dihalang untuk meneruskan program ini dan mengedarkan risalah kami itu kerana ia sememangnya bertujuan untuk kepentingan negara kita sendiri,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: