PAS tubuh 5 cawangan di Muara Tuang

Hafez Sabri
KOTA SAMARAHAN, 11 April: Pesuruhajaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar), berkata, PAS kini telah berjaya meluaskan ruang dakwah dalam kesempatan berkempen Pilihanraya Negeri Sarawak.

Menurut beliau, bagi Muara Tuang, Dun yang diamanahkan kepada tiga negeri iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu, mereka menumpukan agenda dakwah sebagai aspek utama bagi mendidik dan menarik hati rakyat untuk memahami dan bersama perjuangan PAS sekaligus memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan calon parti itu.

Beliau berkata, kini rakyat Sarawak khususnya di Dun yang ditandingi PAS mendapat gambaran sebenar apakah perjuangan yang dibawa oleh PAS, dan dapat menerima dengan sebaiknya kehadiran.

Menurutnya, mereka begitu gembira dengan kehadiran PAS untuk menyampakan dakwah berkenaan Islam  di samping bersama menyelesaikan masalah rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira agama dan bangsa.

PAS meletakkan Noraini Hamzah untuk bertanding di kawasan ini. Beliau akan menentang adik Ketua Menteri sarawak,  Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud dari PBB.

Abu Bakar turut melahirkan kegembiraannya apabila berjaya menubuhkan cawangan baru PAS di Dun Muara Tuang.

“Setakat ini PAS telah berjaya menubuhkan lima cawangan penaja PAS  di Taman Desa Ilmu, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Pinang, Kampung Sindang dan Kampung Pengkalan Kuap.

“Dengan penubuhan cawangan-cawangan penaja PAS ini akan merancakkan lagi gerak kerja dakwah dan tarbiyah bagi masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan PAS,” ujarnya.

Ini, katanya adalah satu petanda baik bagi PAS di Bumi Kenyalang sekaligus membuktikan bahawa PAS diterima oleh masyarakat Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: