Sambutan pengundi pada Pakatan luar biasa

Nazri Abdullah
KUCHING, 11 April: Ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa di sini malam tadi mempamerkan sokongan luar biasa rakyat apabila dihadiri hampir 10,000 orang yang menjadikan ianya umpama rapat umum.Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Kuching bahkan juga di bandar-bandar utama yang lain iaitu Sibu dan juga Miri.

Kehadiran barisan penceramah ‘Top Gun’ Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, membuatkan jalan menuju ke bandar Kuching sesak.

Untuk ke tempat ceramah yang diadakan kawasan lapang di Batu Kawa Bridge itu, orang ramai terpaksa mengharungi kesesakan hampir 5 kilometer.

Mereka yang rata-rata masyarakat tempatan terpaksa meletakkan kereta jauh, dan berjalan kaki menuju ke tempat ceramah.

“Ini sangat menakjubkan. Tak pernah macam ni sebelum ini. Ini lebih panjang dari nak berjalan ke konsert rock” kata seorang wanita China yang berjalan menuju ke tempat ceramah.

Ditanya jangkaannya kenapa rakyat keluar begitu ramai, beliau berkata rakyat khususnya di kawasan bandar sememangnya sudah bosan dengan sikap pemimpin BN khususnya Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.

“Kamu lihat betapa sanggup kami berjalan. Taib Mahmud sudah melampau, cukup la dia, kami mahu ubah,” katanya lagi.

Pilih pemimpin amanah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapannya pula mahu rakyat di negeri ini memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.

“Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.

“PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

“Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pakah PKR, kalau PAS tanding pakah PAS,”katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Buaya dua kaki

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat agar memilih calon DAP di Dun itu Christina Chew yang boleh menangkap ‘buaya dua kaki’ yang sering memakan harta rakyat negeri ini.

“Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya 4 kaki, tapi buaya dua kaki.

“Kalau 4 kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki,”katanya yang juga setiausaha DAP.

Sambil menyeru rakyat agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu jadikan Sarawak negeri terkaya.

“Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income”,tegasnya.

Beliau turut mengajak hadirin menukar rangkap lagu ‘I want nobody nobody but you’ nyanyian Wonder Girls kepada ‘No money no money for you’ untuk ditujukan kepada Taib Mahmud.

Najib cuba selamatkan Taib

Anwar yang juga Ketua umum PKR pula membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen ke Sarawak.

Sambil menyifatkan ianya sejarah dalam pilihan raya Sarawak, ianya juga memberi maksud BN terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Taib Mahmud.

Sebab itu beliau menyifatkan kehadiran Najib adalah untuk selamatkan Taib.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: