UPDATE: Juruterbang Helikopter Meninggal Dunia

 

maklumat terkini yang gua dapat dari sarawak update, helikopter tersebut terbalik selepas menurunkan bodyguard muhyidin di Wisma Sanyan, Sibu. kalau tengok pada keadaan heli, nampak agak teruk. tapi gua belum dapat info mengenai keadaan pilot dan penumpang. nanti gua update

maklumat dari malaysiakini

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.” Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh dari ketinggian 10 kaki,” katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Dua daripadanya adalah milik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

 

 

gambar mangsa

* * * * * * * *

UPDATE: Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal Dunia (mstar)

PETALING JAYA: Ini adalah berita yang baru diterima – juruterbang yang membawa helikopter yang terhempas di Sibu pada tengah hari Isnin, disahkan meninggal dunia.

Juruterbang Sahimi Ghazali telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi.

Sebelum kejadian, Allahyarham telah menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim, di Dataran Sibu pada jam 1.40 tengah hari, Isnin.

Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, beliau telah dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan segera.

Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkejar ke hospital untuk menziarahi Sahimi sebaik sahaja mendapat tahu akan kemalangan tersebut.

Beliau telah ditugaskan membawa staf pejabat menteri dalam lawatan ke Sibu.

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH
BUAT KELUARGA MANGSA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: