Sdg berkempen di kg mendang lumut di dun muara Tuang sarawak-Azman Shapawi’s Photos

Bersama calon pas bertemu masyarakat

Sdg berkempen di kg mendang lumut di dun muara Tuang sarawak

Gambar terkini kempen pkr di miri!

Hishamuddin Rais: Perubahan sini akan sampai ke Putrajaya @anwaribrahim @tianchua @azminali @elizabethwong

YB Dr Boo from Johor

Dr Teo, Calon 4 Senadin N65, on stage in Miri w/ Fong & Lim @anwaribrahim @tianchua @azminali @elizabethwong

MediaRakyat’s MTV “We Are Ready” at Ceramah in Miri @anwaribrahim @elizabethwong @tianchua @n_izzah

Why People of Sarawak hv to go thru this? @anwaribrahim @tianchua @mkini_en @elizabethwong

Taib mahmud tamak kuasa!!!!

Ketua menteri Sarawak itu dengan jelas menyatakan – di depan perdana menteri – bahawa beliau tidak akan berundur dalam masa terdekat ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.

Dalam ucapan ringkasnya di konsert 1Malaysia di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.

“Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak,” katanya.

Ucapan itu disampai di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.

Tetapi pembangkang – yang menjadi Taib musuh nombor satu – dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.

http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=article&sid=9787

Mohd Sany Hamzan’s Photos -calon sadong jaya kempennya bersama rakyat sarawak terkini!

Konsert santai anak muda bsama pak long n calon2 yb di belakang tukk

Yb sadong jaya tgh nyayi

Negeri kaya rakyat umah pun xdo

Yb sadong jaya di asak dgn soalan oleh penduduk kg iboi hal masalah rakyat.

Najib temu gereja Sarawak esok, dijangka sentuh isu Alkitab

Oleh Clara Chooi
April 12, 2011

KUCHING, 12 April – Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gereja Sarawak di sini esok – dilihat sebagai usaha Perdana Menteri untuk meredakan masyarakat Kristian berhubung isu Alkitab menjelang hari penentuan pilihan raya negeri, Sabtu ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengesahkan kepada pemberita perkara ini petang ini selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Gereja Sarawak bagi membincangkan isu Alkitab.

“Perdana Menteri (gambar) akan bertemu dengan mereka esok, jadi anda boleh tanya beliau soalan-soalan anda,” kata Taib kepada pemberita di Hotel Pullman di sini.

Pengerusi persatuan Rt Reverend Datuk Bolly Lapok kemudian memberitahu pemberita bahawa pertemuan itu akan diadakan di Hotel Hilton di sini, pukul 3.30 petang.

Ketika ditanya isu-isu yang akan dibangkitkan esok, Bolly berkata beliau tidak tahu tujuan pertemuan tersebut.

“Saya tidak tahu apa yang akan dibincangkan tetapi beliau menjemput kami untuk datang dan kami akan berada di sana esok,” katanya.

Esok, adalah hari keempat Najib mengetuai kempen BN Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 yang dilihat sengit ini.

Najib dijadual untuk berada di Sarawak sehingga Jumaat ini.

BN pimpinan Najib berhadapan dengan tekanan besar khususnya daripada kalangan masyarakat Cina yang merangkumi sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 979,796 pengundi berdaftar.

Pada pertemuan dengan persatuan itu hari ini, Taib dilaporkan memberitahu pemimpin-pemimoin gereja bahawa soal politik dan agama seharusnya ditangani secara berasingan.

Beliau berkata pertikaian berkaitan dengan Alkitab juga dianggap sudah selesai ekoran penyelesaian 10 formula yang diumumkan 2 April lalu dan melepaskan 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia itu yang ditahan Kementerian Dalam Negeri.

RASUAH PENGUNDI SEMAKIN MENJADI-JADI

Posted by AD Monday, April 11, 2011,

BN mula menggiatkan tindakan merasuah pengundi bagi memenangi pilihanraya negeri Sarawak. Malaysiakini melaporkan bahawa BN memberikan RM1000 kepada pengundi di Dun Ba’ kelalan iaitu Dun di mana calon PKR Baru Bian bertanding dan dijangka akan menang. BN benar-benar terdesak dan takut Baru menang sebab itulah mereka bermati-matian mahukan Baru tewas kali ini. Mereka tahu jika Baru tewas dan ditakdirkan PR menang majoriti di Dun Sarawak, PR mungkin terpaksa mencari calon untuk jawatan Ketua Menteri. BN tidak sedar bahawa PR mempunyai ramai pemimpin berkaliber dan bersih bagi mengetuai kerajaan negeri. Tidak seperti BN yang ketandusan pemimpin bersih, telus dan bebas dari kontroversi. Tindakan merasuah pengundi ini bukan cerita baru malah BN memang terkenal dari dahulu, kini dan harap-harap tidak selamanya menjalankan kerja dosa dan tidak bertamadun itu. Selain itu adalah diharapkan SPR dan SPRM menjalankan kewajipan mereka menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perasuah-perasuah ini demi kesejahteraan negara dan rakyat.

BN Semakin Panik!! Portal Berita Malaysiakini Kena Pancung!!

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat.
Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka.

Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.
Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.
“Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini,” kata Premesh.
Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana  menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air.
Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia.

Dr Mahathir bakal di Tahan?

Oleh Ust Saiful Bahri

Keputusan PRU Sarawak adalah sedikit sebanyak bakal mengambarkan bukan hanya masa depan politik Taib Mahmud tetapi juga Najib serta Dr Mahathir. Kesan perubahan yang bakal berlaku akan melanda politik tanahair yang juga bakal menukar tuan dan pentadbir di Putrajaya. Sudah pasti mereka akan berhempas pulas demi memastikan PR takkan menjejakkan kakinya di Putrajaya.

Dr Mahathir sendiri bukan hanya sekadar sifu politik kepada Najib tetapi ‘nyawanya’ kini menjadi pertaruhan. Skandal, kezaliman, penindasan, rasuah, salah-guna kuasa dan sebagainya akan pasti terbongkar. Rakyat pasti menuntut sebuah keadilan dan tidak melepaskan lezaliman berlalu begitu sahaja. Kecuali Malaikat al-Maut lebih dahulu mengambil nyawanya. Apa yang berlaku di Mesir kini cukup mengelisahkan para pimpinan dan para mantan pimpinan UMNO-BN.

Mantan PM Mesir Ditangkap Atas Tuduhan Korupsi

Cairo – Ahmed Nazif, yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sampai pemerintahannya digoncang kebangkitan rakyat pada Januari baru-baru ini. Beliau ditangkap kini atas tuduhan melakukan rasuah. Berikut menurut kata beberapa sumber pengadilan.

Sumber-sumber itu menyebut bahwa Nazif, yang dipecat oleh mantan Presiden Hosni Mubarak bersama kabinetnya pada 28 Januari dalam usaha untuk meredakan protes yang meningkat tetapi gagal dan akhirnya pemerintahan Hosni Mubarak sendiri digulingkan. Nazif akan ditahan selama 15 hari.

Demonstrasi kini kembali membuak di Mesir khususnya di Medan Tahrir. Para penunjuk perasaan telah bersumpah untuk terus melanjutkan usaha mereka meskipun kini dua orang telah terbunuh dan kematian mungkin meningkat dikalangan mereka yang cedera. Pada hari Jumat lalu, puluhan ribu warga Mesir berkumpul untuk menuntut presiden yang sudah diguling Hosni Mubarak dan kroni-kroninya untuk diadili dan dibicarakan di mahkamah.

Inilah yang menjadi trauma kepada pemerintah dan mantan mereka. Kebimbangan jika mereka diadili dan penjara menjadi tempat istirehat sebelum mati kerana sepanjang pemerintahan mereka telah menjadikan mereka kaya-raya dengan mengambil kesempatan diatas aamanah rakyat. Sebab itulah kini Najib sendiri terpaksa turun dan berkampung ke Sarawak. Ianya juga merupakan tali hayat politik beliau.

Anda dapat bayangkan betapa sibuknya pejabat SPRM dan mahkamah selepas PRU-13 jika UMNO-BN kehilangan kuasa. Siapa pulak yang bakal jatuh dari bangunan SPRM ketika itu?

 

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Pilihan raya Sarawak: kerusi Dayak penentu nasib Pakatan Rakyat

Oleh: wanibrah

Sejarah pilihan raya negeri Sarawak pada kali ini mencipta rekod tersendiri, apabila berlaku persaingan di semua kerusi Dun. Ini bermakna, semua Dun berlaku penyertaan semua parti untuk bertanding untuk menduduki Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi penggal ke-10. Sekaligus memberi maksud, pilihan raya kali ini amat mencabar, terutama bagi Barisan Nasional berikutan setiap kali pilihan raya sebelum ini, sentiasa ada kerusi Dun yang menyaksikan Barisan Nasional menang tidak bertanding.

Parti-parti bertanding

Demikian pula, pilihan raya penggal ke-10 Negeri Sarawak ini turut menyaksikan pertembungan langsung parti penyandang majoriti dengan parti oposisi. Parti panyandang tidak lain ialah gabungan Barisan Nasional yang dianggotai oleh empat parti, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United People Party (SUPP), Sarawak People Democratic Party (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Sementara gandingan parti oposisi mengandungi tiga pihak, iaitu kerjasama Pakatan Rakyat, parti-parti sendirian dan pihak bebas. Kerjasama Pakatan Rakyat kali ini mengandungi tiga parti, iaitu Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sementara parti-parti sendirian pula adalah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Cinta Malaysia (PCM). Pihak bebas pula adalah individu-individu yang berminat untuk bertanding atas kepentingan tersendiri di luar daripada persetujuan mana-mana parti atau kerjasama politik.

Justeru, pilihan raya Sarawak kali ini menyaksikan penyertaan parti-parti bertanding mengikut bilangan kerusi persetujuan dan atau mengikut minat masing-masing parti. Bagi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, telah berlaku agihan bilangan kerusi setiap mengikut persetujuan.

Agihan kerusi berasaskan persetujuan di bawah Barisan Nasional menyaksikan PBB bertanding di 35 Dun, SUPP 19 Dun, PRS 9 Dun dan SPDP 8 Dun. Sementara bagi Pakatan Rakyat masing-masingnya bersetuju bertanding mencabar parti-parti Barisan Nasional, iaitu parti KeADILan di 49 Dun, DAP 15 Dun dan PAS lima Dun. Pakatan Rakuyat tidak menamakan mana-mana calon partinya hanya di dua Dun, iaitu di N.38 Jemoreng dan N.41 Pakan.

Sementara parti-parti sendirian melibatkan dua parti yang tidak sefahaman dengan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Parti tersebut ialah SNAP dan PCM. SNAP telah bertanding di 26 Dun yang bertembung dengan dua pihak, iaitu di 25 Dun melibatkan Barisan Nasional dan dan Pakatan Rakyat (KeADILan). Sementara satu Dun lagi, iaitu di N.41 Pakan hanya bertembung dengan Barisan Nasional.

PCM pula adalah parti baru yang hanya mendapat kelulusan simbol daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada saat akhir menjelang penamaan calon pilihan raya Sarawak. Justeru PCM hanya bertanding di enam Dun yang menyaksikan parti ketiga mencabar Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Bebas penghalang Barisan Nasional

Bagi pihak bebas, terdapat 41 orang calon menawar diri bertanding di 34 Dun. Satu Dun menyaksikan tiga calon bebas, iaitu N.57 Belaga dan lima Dun lagi masing-masingnya dua calon bebas bertanding. Ini bermakna terdapat kesemuanya 34 Dun yang ada calon bebas bertanding menentang Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, SNAP dan PCM.

Apa pun peranan calon bebas amat signifikan pada pilihan raya Sarawak kali ini kerana satu-satunya Dun yang Barisan Nasional dihalang menang bertanding adalah kerana adanya calon bebas. Ini berlaku di Dun N.38 Jemoreng, tiada calon dari KeADILan atau SNAP mahu pun PCM yang menentang Barisan Nasional. Berikutan dua calon bebas menawar diri di Dun itu, sekaligus menghalang calon Barisan Nasional menang tanpa bertanding. Justeru pada pilihan raya Sarawak kali ini, calon bebas sudah menjadi penghalang Barisan Nasional untuk menang awal secara percuma.

SNAP penghalang Pakatan Rakyat?

SNAP merupakan parti tradisi rakyat Sarawak sejak 1961. Pengasasnya adalah Ketua Menteri pertama Sarawak Stephen Kalong Ningkan, seorang Iban campuran Cina yang juga pengasas Persatuan Dayak Sarawak.

Malang bagi SNAP, kerana tahun 1983 berpecah dan muncul Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan berpecah lagi tahun 2002 sehingga melahirkan pula SPDP. Kemudian PBDS berkrisis 2003 dan dibubarkan 2004 yang membawa kepada lahirnya PRS.

Dalam pilihan raya 2006, SNAP bertanding 28 kerusi dan memenangi satu kerusi Dun di N.28 Engkilili. Pada masa itu, SNAP bersama KeADILan menubuh Barisan Bersatu Sarawak. Namun malang bagi SNAP, apabila wakil tunggal yang menang di Dun Engkilili itu, iaitu Dr. Johnichal Rayong telah menyertai SUPP pada Disember 2010 dan menambahkan lagi bilangan kerusi BN kepada 63 Dun.

Menghadapi pilihan raya 2011 kali ini, moral SNAP dalam keadaan merudum bukan sahaja kerana wakilnya melompat parti, sebaliknya juga gagal berkompromi dengan KeADILan membentuk kerjasama melalui

Pakatan Rakyat. Hasilnya SNAP terus kekal bertanding sebahagian besar kerusi asalnya (tahun 2006). Sementara KeADILan Sarawak dipimpin Baru Bian nampaknya juga tidak sedia berkompromi, maka SNAP secara rasmi keluar daripada Pakatan Rakyat. Kesannya, KeADILan telah menurunkan kesemua calon di Dun-dun SNAP bertanding kecuali satu di N.41 Pakan, iaitu Dun yang ditandingi SNAP bertembung dengan SPDP (Barisan Nasional).

Dalam hal ini, mungkinkah penyertaan SNAP menjadi penghalang Pakatan Rakyat menguasai majoriti pilihan raya Sarawak kali ini? Ataukah, ia bakal menjadi ‘hantu dan jembalang’ kepada Barisan Nasional di Sarawak.

Kerusi antara kaum penentu

Justeru pembahagiaan demografi pengundi Dun-dun di Sarawak amat ditentukan peluang menang atas sentimen suku kaum. Sebanyak 30 kerusi Bumiputera/Dayak amat signifikan bagi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Ia diikuti dengan 26 kerusi (36.62 peratus) Melayu/Melanau dan Cina hanya 15 Dun (21.13 peratus).

Apa pun Pakatan Rakyat (khasnya bagi DAP dan KeADILan) berpeluang dan berpotensi besar di Dun kawasan bandar yang majoriti Cina, di samping turut meletakkan harapan besar di semua kerusi Bumiputera/Dayak. Sementara di Dun Melayu/Melanau nampaknya pihak PBB masih utuh, kecuali di beberapa Dun sekitar Batang Seribas dan Batang Lupar seperti Lingga, Sebuyau dan Beting Maro.

Ditambah lagi dengan perkembangan terkini, nampaknya beberapa isu pilihan raya berkaitan dominasi ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah di penghujung dan isu politik pembangunan yang menghambat undi Barisan Nasional dianggap relevan menentukan pola sokongan kepada Pakatan rakyat. Ia mungkin dirancakkan lagi dengan kesedaran pengundi yang amat sangsi dengan polisi tanah adat (native customary rights) yang selama ini dikelirukan oleh Pihak Berkuasa Negeri pimpinan PBB.Perkara ini dikatakan menjadi keutamaaan bagiPengerusi KeADILan Sarawak, Baru Bian yang bertanding di Ba’kelalan.

Walau pun begitu, isu-isu tempatan dan keupayaan calon memikat hati pengundi amat penting dalam konteks politik perkauman Sarawak. Maka faktor sentimen perkauman menuntut semua parti bertanding mengolah cara tersendiri untuk mendekati dan memenangi hati pengundi.

Penduduk Iban luah perasaan marah di depan calon PAS

%d bloggers like this: