Abang Eddy menyanyi bersama anak muda

Nazri Abdullah
SADONG JAYA, 11 April: Selain kempen rumah ke rumah, apa sahaja bakat atau kelebihan yang ada tentunya akan digunakan oleh calon yang bertanding pilihan raya untuk menarik sokongan rakyat.

Begitu juga calon muda PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sadong Jaya, Abang Eddy Abang Fauzi.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abang Eddy, 34, menggunakan kebolehan bermain alat muzik dan menyanyi untuk mendampingi rakyat di sini.

Dalam kempennya di pekan Sadong Jaya hari ini, beliau turut mempamerkan kehebatannya itu.

Dengan memetik gitar di tangan, beliau turut menghadiahkan lagu ‘Kau Ilhamku’ yang dipopularkan artis polular 90an, Man Bai untuk penduduk kawasan itu khasnya anak muda.

“Jom kita nyanyi sama-sama,”katanya kepada anak-anak muda yang di mengerumuni untuk melihat kebolehan beliau.

“Maafkanlah oh…Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu…

“Kau senyumlah oh…Sekadar memori kita di arena ini…Kau ilhamku…”, antara bait lagu ‘ever green’ yang dinyanyikan itu.

Biarpun pendekatan itu agak baru bagi PAS, namun ianya dilihat cukup memberi kesan untuk mempengaruhi dan mendampingi masyarakat di sini yang sememangnya meminati muzik.

Di akhir persembahan itu, beliau turut berucap dan menggesa belia membuat perubahan untuk bersama PAS pada pilihan raya kali ini.

“InsayaAllah, pada 16 April ini kita semua pakat beri undi kepada PAS.

“Kita dari PAS berjanji akan membela nasib rakyat semua kaum di sini,”katanya.

Turut serta bersama calon dalam siri kempenya hari ini, artis dan komposer terkenal, Shafie Ahmad atau lebih popular dengan nama Pak Long.

Pak Long sebelum ini popular dengan lagu Cinta Pantai Merdeka yang dihasilkan untuk kumpulan Jinbara, manakala sekarang dengan lagu ‘Selagi Ada Waktu.’

Difahamkan, setakat kempen yang masuk hari keenam hari ini, penerimaan masyarakat terhadap Abang Eddy cukup memberangsangkan.

Sadong Jaya dikatakan antara tiga Dun yang menjadi sasaran PAS untuk menang selain Beting Maro dan Sebuyau.

Abang Eddy ditentang calon BN, Aidel Lariwoo dan seorang lagi calon bebas, Mahayudin Bin Wahab.

LIHAT VIDEO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: