Awas ustaz dan ustazah Umno kaki tipu

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 11 April: Sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah dan dari kalangan aktivis Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Kelantan, telah dikenal pasti sebagai kaki tipu, dengan menjalankan kegiatannya menerusi internet bagi memperdayakan orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan mereka agar tidak turut menjadi mangsanya, memandangkan mereka mempunyai pelbagai cara untuk memperdayakan orang ramai dengan memperalatkan ilmu yang dimilikinya dalam agama.

Seorang pemuda, Ikwan Ariffin, 25, yang tinggal di Dungun, Terengganu ketika mendedahkan perkara itu berkata, tanpa diduga, beliau sendiri telah menjadi mangsa mereka sehingga menyebabkan beliau kehilangan wang RM7,000 sejak Oktober 2010 lalu.

Menurut beliau, ustaz dan ustazah tersebut mempunyai laman web tersendiri dan beliau mengenalinya sejak tahun 2005 lalu menerusi online.

Katanya, sejak tahun 2009, ustaz dan ustazah tersebut yang ketika itu sedang menuntut di universiti Al-Azhar di Mesir dalam jurusan Usuluddin dan Pengajian Islam mulai aktif menyampaikan ceramah agama menerusi laman webnya.

“Selain menyampaikan ceramah, ustaz dan ustazah auta kaki tipu itu juga turut mengadakan sesi kaunseling kepada pelayar-pelayar internet menerusi websitenya. Ceramah agama yang disampaikan oleh mereka memang bagus dan menarik. Begitu juga dengan kaunselingnya,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Penipuan licik yang dilakukan oleh pasangan suami isteri berusia 35 tahun itu terhadap beliau bermula pada 25 Oktober 2010, apabila ustaz dan ustazah itu merayu kepadanya untuk meminjam wang sebanyak RM7,000 untuk membantunya membeli tiket kapal terbang pulang dari Mesir ke tanah air.

“Kerana telah mengenali dan percaya kepada mereka, tanpa teragak-agak, saya telah meminjamkan wang saya sebanyak itu kepadanya secara berperingkat-peringkat.

“Wang itu saya hantar dengan mengadakan transaksi Maybank2u. Kali pertama pada 27 Oktober 2010 sebanyak RM1,000. Kali kedua pada 29 Oktober 2010 sebanyak RM2,000. Kali ketiga pada 31 Oktober 2010 sebanyak RM4,000,” jelasnya.

Ikwan yang mengaku dirinya berada ‘atas pagar’ dalam politik menjelaskan, pasangan suami isteri itu pulang ke tanah air pada 8 November 2010 dan beliau sendiri yang mengambil mereka di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk bermalam di rumahnya di Dungun.

Seminggu kemudian, pasangan tersebut meminta beliau menghantar mereka ke Pulau Pinang dan selepas itu hubungan pasangan itu dengannya terus terputus.

“Dalam jangka masa sebulan setelah mereka ke Pulau Pinang, saya berusaha menghubungi mereka sehingga beratus kali menerusi telefon tapi panggilan saya tak pernah dijawab oleh mereka. Dengan itu, tahulah saya, mereka sememangnya mahu melarikan diri daripada saya,” katanya.

Beliau berjaya mengesani pasangan tersebut enam bulan kemudian, apabila mereka memasukkan alamat mereka di dalam website mereka, sebaik beliau membuka website pasangan itu pada 29 Mac 2011 lalu.

Menerusi laman web (website) pasangan itu, beliau mendapati mereka kini bukan sekadar menyampaikan ceramah agama dan memberikan perkhidmatan kaunseling menerusi internet, tetapi turut mempergunakan websitenya untuk menjalankan perniagaan lain pula iaitu berniaga minyak wangi, pelbagai ubat kecantikan dan baju dari Mesir.

“Alamat yang dicatatkan itu memang lengkap. Berdasarkan alamat yang dicatatkan oleh mereka pada website mereka itu, mereka kini tinggal di Kota Bharu,” katanya.

Sebaik mengetahui alamat mereka, Ikhwan menjelaskan, beliau dengan ditemani dua orang rakan terus pergi ke Kota Bharu untuk menemui pasangan tersebut bagi mendapatkan kembali wang beliau yang dipinjamkan kepada mereka.

“Saya tiba di rumah mereka sekitar jam 6.30 pagi 30 Mac lalu. Ketika itu, ustaz itu berpakaian jubah dan berkopiah dan baru pulang dari mengajar agama di suatu tempat di Kota Bharu.

“Amat sedih, isterinya yang sememangnya sudah tahu yang suaminya berhutang dengan saya sebanyak itu berpura-pura tidak tahu. Sebaliknya, isterinya meminta surat hitam putih pula daripada saya sebagai bukti meminjamkan wang kepada mereka,” katanya.

Setelah didesak, ustaz tersebut turut berjanji dengannya untuk membayar hutangnya pada hari itu juga dan meminta beliau datang semula ke rumahnya pada sebelah petang sekitar jam 6.30 petang hari yang sama.

“Amat malang bagi saya, sebaik tiba di rumah mereka jam 6.30 petang 30 Mac 2011, bukan wang saya yang dipinjamkan oleh mereka itu yang dikembalikan semula kepada saya, tetapi saya disambut dengan maki hamun oleh isteri ustaz itu yang dikenali sebagai ustazah.

“Hasil dari penyelidikan saya, ternyata, pasangan itu adalah orang kuat Umno. Saya juga mendapat tahu, rumah yang diduduki oleh pasangan itu juga adalah kepunyaan Umno.

“Untuk mendapatkan balik wang saya itu, saya turut berusaha mengesani tempat tinggal ibu bapa mereka. Setelah berjaya memperolehi alamat ibu bapanya yang juga di Kota Bharu, saya terus menemui emak kepada ustaz tersebut lalu menceritakan tentang perbuatan terkutuknya itu kepada saya kepada emaknya.

“Emaknya sendiri amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab anak dan menantunya itu lalu mengakui bahawa pasangan itu sememangnya bermasalah,” tegasnya.

Ekoran itu, beliau telah mengambil keputusan membuat laporan polis mengenai penipuan pasangan tersebut di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan, jam 3.00 petang, 31 Mac 2011 lalu.(gambar salinan laporan polis)

Ikhwan yang berkerja sebagai peniaga dan belum mendirikan rumah tangga menjelaskan, maklumat terkini yang dikumpulkannya, pasangan tersebut sehingga kini telah menipu ratusan orang.

“Selain menipu dengan cara meminjam wang, mereka juga menipu dengan menjual e-book Penghapus Saka kepada orang ramai dengan mengakui e-book itu kepunyaan mereka. Padahal e-book itu sebenarnya bukanlah kepunyaan mereka. Sebaliknya kepunyaan rakan saya sendiri.

Penipuan lain pula yang dilakukannya, mereka juga turut membuat satu website lain yang menjalankan usaha tarik duit. Website tarik duit itu dibuka oleh ustaz itu pada tahun 2007 lalu dan cukup aktif sekitar tahun 2008.

“Menerusi website itu, ustaz tersebut melakukan penipuan dengan menjual ibu duit kepada orang ramai untuk digunakan dalam usaha menarik duit oleh mereka yang melakukan pekerjaan itu,” ujar beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: