Kerana sebatang tiang, Beting Maro bergelap

Nazri Abdullah
BETING MARO, 12 April: Akibat sebatang tiang elektrik terbalik, hampir keseluruhan penduduk kawasan di Dun Beting Maro terpaksa bergelap malam tadi.

Tiang elektrik tersebut patah dua selepas dilanggar van yang dinaiki Ketua JKK Kg Tambak, HAjI Sulaiman Zahari yang juga orang kuat PBB di salah satu ranting di Sitok.

(Gambar: Abang Mat melawat mangsa yang cedera)

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam apabila van yang dinaiki Sulaiman bersama anak saudaranya Bihai HajAi Din hilang kawalan sehingga kenderaan tersebut terbalik dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terjatuh ke dalam parit.

Dalam kemalangan itu, Sulaiman (gambar bawah) terseliuh leher manakala anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dirawat di Klinik Kesihatan Pusa.

Kemalangan itu juga mengakibatkan 2/3 kawasan DUN Beting Maro putus bekalan elektrik sehingga jam 12.49 pagi.

Selepas menerima berita kemalangan itu, calon PAS, Abang Ahmad Kerdi Masagus turut melawat mangsa yang kemudiannya dirawat di klinik berkenaan.

Mengulas kejadian itu, Abang Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan ‘handsome boy’ dalam kempen kali ini berkata, ini lah gambaran tahap kemudahan asas di negeri ini.

“Satu tiang elektrik patah, seluruh Beting Maro bergelap,” katanya ringkas.

Dalam pada itu kempen Abang Mat di Beting Maro terpaksa mengharungi pelbagai halangan khususnya untuk menuju ke kawasan pedalaman.

Beliau terpaksa menaiki sampan untuk menuju ke kebanyakan kawasan penempatan rumah panjang yang mengambil masa 2 ke 3 jam.

Bagaimanapun ianya tidak menghalang usaha Abang Mat bertemu dengan seluruh masyarakat di sini apatah lagi kehadiran beliau disambut penuh makna pengundi yang mahukan perubahan di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: