Masyarakat Iban sokong Kak Ani

Sazali M Noor

(Calon PAS Muara Tuang, Noraini Hamzah [tengah] di kelilingi penyokong beliau dari kalangan orang Iban)

KOTA SAMARAHAN, 11 April: Calon PAS Muara Tuang, Noraini Hamzah (Kak Ani) diberi sambutan luar biasa oleh masyarakat Iban ketika berkempen di Kampung Merang Lama dan Merang Baru dalam daerah mengundi Semarang, di sini Ahad 10 April.

Lebih 150 orang penduduk tempatan berkumpul di perkarangan rumah bekas Ketua Pemuda PBB, Empawi Anak Adang yang telah meninggalkan parti tersebut hujung tahun lalu.

Kak Ani, ketika menyampaikan ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada sokongan semua penduduk yang meraikan kehadirannya.

Beliau menyeru para pengundi supaya mengundi PAS pada hari pengundian 16 April depan untuk membuat  ‘satu perubahan’.

“Saya minta semua undilah PAS, kita buat perubahan, sudah lama kerajaan BN memerintah kitak, sudah 30 tahun, (tetapi) tidak ada apa-apa perubahan, air tidak ada, apa pun tiada.

“Saya harap dapat mengundi PAS,  kita mau perubahan,”katanya.

Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, sekiranya diberi mandat dan menang dalam pilihanraya negeri Sarawak, beliau akan berjuang menuntut hak rakyat terutama keperluan air yang dihadapi oleh penduduk kempung tersebut

Turut hadir adalah Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: