Namakan bakal Ketua Menteri Sarawak

Rizal Tahir
KOTA BHARU, 12 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu menamakan bakal Ketua Menteri (KM)  bagi mengantikan KM yang ada sekarang ini jika parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya BN Sarawak serius untuk mencari penganti KM Sarawak, parti berkenaan perlu menamakannya sewaktu PRN 2006 lagi.

“Kenyataan Perdana Menteri(PM), Datuk Seri Najib bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan selepas Pilihanraya Negeri Sarawak tahun ini mencerminkan satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat.

(Gambar: Perbincangan yang tidak selesai antara Taib dan Najib. Najib kata lepas pilihan raya, Taib kata beberapa tahun lagi.)

“Jika PM benar-benar serius dalam perkara ini, beliau harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Taib Mahmud untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya,” ujarnya dalam kenyataan media beliau.

Tambahnya lagi, sekarang ini janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.

Semasa berucap di Kuching baru-baru ini, Najib berkata, Taib Mahmud bersetuju untuk berundur selepas pilihan raya negeri ini. Namun beliau tidak menyebut bilakah tarikh tersebut.

Selepas majlis itu, Taib dalam satu majlis berkata, beliau akan berundur beberapa tahun lagi yang menyebabkan semua pihak faham , lambat lagi Taib akan berundur.

Beberapa hari menjelang penamaan calon 6 April lepas, Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan berbincang dengan Taib agar beliau boleh meletakkan jawatan dan tidak bertanding dalam  pilihan raya negeri kali inii. Namun keputusan gagal dicapai kerana kedua-duanya tidak dapat menerima syarat yang ditetapkan Taib.

“KM yang ada kini sudah terlalu lama memerintah. Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisma dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam,” katanya

Katanya lagi, walaupun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib Mahmud yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah.

Oleh itu, dengan pengunduran Taib Mahmud ianya adalah untuk perubahan Sarawak dan rakyat negeri itu secara khususnya.

“PM dilihat memberikan restu untuk Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak  dengan mengizinkan beliau bertanding semula,” tambahnya lagi.

Bagi beliau, Najib telah bersekongkol apabila mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat negeri itu dengan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat Bumi Kenyalang itu.

Jawapan Taib

Sementara itu, Taib Mahmud ketika mengulas permintaan ini berkata, beliau tidak akan terperangkap dengan kehendak Pakatan Rakyat.

“Pembangkang tidak akan berjaya perangkap saya. Kami bukannya begitu naif. Kita akan buat dengan cara yang baik,” katanya di Kucing hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: