Pengundi Sebuyau tolak kepimpinan PBB

Wan Nordin Wan Yaacob
BATANG LUPAR, 11 April: Pengundi Melayu di kawasan Sebuyau nekad melakukan perubahan dengan menolak kepimpinan wakil rakyat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Ianya angkara sejak 4 penggal lalu, wakil rakyatnya, Julaihi Narawi hanya mengharapkan pegawai-pegawainya sahaja yang mengendalikan isu setempat seperti bantuan kepada warga nelayan dan warga emas.

Namun kata seorang pengundi Mahmud Sandi 47, setiap kali mengajukan permohonan bantuan kepada pihak berkaitan melalui wakil rakyat, tidak pernah bantuan itu diterima.

Beliau juga pernah memohon bantuan untuk mempertingkatkan kelengkapan nelayan, namun tidak juga dilayan Juhaili, ataupun pegawainya di Kampung Ulu Sebuyau.

Selain itu, ibunya, Habibah John seorang warga tua yang juga ibu tunggal pernah memohon bantuan untuk ibu tunggal namun tidak pernah dilayan.

“Tiga kali permohonan dihantar ke pejabat (Daerah Sebuyau), tetapi tidak pernah dapat, rasa macam kena tipu sahaja,” katanya.

Kali ini mereka nekad untuk berubah, melakukan perubahan untuk memberikan undi kepada calon PAS, Adam Ahid yang bagi mereka jauh lebih baik dan sangat peramah.

Ditanya bagaimana penduduk di Sebuyau melihat kehadiran Adam Ahid, seorang lagi penduduk, Juslie Arun pula berkata, Adam adalah kelahiran Sebuyau.

Adam memilik keluarga yang besar di Ulu Sebuyau dan penduduk di sini telah lama mengenalinya dengan perwatakan yang sangat baik, kuat agama, dan cukup mesra dengan masyarakat setempat, katanya.

“Kami yakin, penduduk di sini akan ‘conteng’ (pangkah) Adam, kami mahukan perubahan, mahu wakil rakyat yang baru, kita sudah berubah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: