Husam pertahan BN perlu namakan pengganti Taib

Rizal Tahir
KOTA BAHRU, 13 April: Permintaan Perdana Menteri agar Ketua Menteri Sarawak berundur dan persetujuan Taib Mahmud untuk berundur, antara sebab kenapa Barisan Nasional Sarawak perlu menamakan dan menentukan tarikh pengundurannya itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyatan Datuk Ibrahim Ali semalam menemplak beliau kerana meminta Barisan Nasional (BN) Sarawak menamakan penganti Ketua Menteri.

Semalam Husam mencadangkan agar BN menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak jika benar Tan Sri Taib Mahmud mahu berundur. Namun begitu, beliau ditempelak oleh Presiden Perkasa, datuk Ibrahim Ali.

Bagi Ibrahim, Husam patut mendesak Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz berundur dan menamakan penggantinya bukan mengacau rumah tangga BN.

“Saya rasa Datuk Ibrahim tersalah ukur. PM dah meminta KM berundur dan KM juga berkata dia akan berundur.

“Jadi isunya ialah tarikh pengunduran kena ada dan siapa yang bakal penganti mestilah juga kena jelas,” katanya.

Selain itu, isu-isu yang dihadapi oleh rakyat hasil daripada polisi pemerintahan Tan Sri Taib Mahmud, memerlukan KM itu berundur segera.

“Masa yang lama Tan Sri Taib Mahmud sebagai KM Sarawak, bukan menjadi masalah utama kalau ia berjalan dengan licin tanpa masalah dan mendapat sokongan penuh.

“Isu yang paling besar ialah penjualan tanah yang diusahakan oleh rakyat Sarawak kepada syarikat-syarikat oleh pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.

Ujarnya, senarai  tanah yang telah diperolehi kroni-kroni Taib Mahmud juga perlu disiasat.

“Sewaktu saya berkempen di Sarawak, saya banyak menerima aduan dari rakyat pelbagai bangsa mengenai masalah yang mereka hadapi khususnya yang melibatkan soal tanah yang mereka usahakan dijual tanpa pengetahuan,” ujarnya lagi.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Taib Mahmud bahawa dia tidak akan masuk perangkap pembangkang, Husam berkata, dengan tidak menamakan penganti KM Sarawak itu, Taib pula akan memerangkap rakyat negeri itu.

“Taib kata dia tak nak masuk perangkap pembangkang, tetapi saya rasa kalau dia tak namakan penganti beliau, nanti dia pula perangkap rakyat negeri Sarawak,” ujarnya.

Ujarnya lagi, sekiranya Barisan Nasional serius untuk membaik pulih Sarawak, nama penganti KM perlu dinamakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: