Rakyat Sarawak memang mahu Taib jatuh

Muda Mohd. Noor | April 6, 2011

Ramai Melayu dan Bumiputera Islam yang menyokong parti pembangkang tidak mendaftar sebagai pengundi.

PETALING JAYA: Pemuda PAS Sarawak merayu pengundi muda di kalangan orang Melayu dan Bumiputera beragama Islam mencontohi pemuda Cina mengundi pembangkang dalam setiap kali pilihan raya.

“Pemuda kaum Cina memang mengundi DAP tetapi pengundi Melayu dan Bumiputera Islam masih takut-takut. Ada kira-kira 30 peratus pengundi muda di negeri ini.

“Saya berarap mereka berani membuat perubahan,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Abdul Aziz Mohamad ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata, bagi pengundi Melayu dan Bumiputera Islam, mereka ramai menyokong parti pembangkang tetapi ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

Katanya, jadi dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini mereka hanya menjadi penyokong dan melakukan kerja-kerja seperti mengatur ceramah, memasang poster dan membantu kempen.

“Ini bezanya pemuda Cina dengan pemuda Melayu dan Bumiputera Islam,” tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, rakyat Sarawak memang mahu menjatuhkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam PRN kali ini.

Tekanan dan ugutan

Bagaimanapun katanya,  mereka menjadi takut setelah Barisan Nasional (BN) yang memerintah Sarawak terlalu lama, membuat tekanan dan ugutan.

“BN paling mudah mengugut pengundi wanita supaya tidak menyokong pembangkang dan selepas itu wanita berkenaan memujuk suami masing-masing.

“Kalau isteri sudah memujuk suami maka sudah tentu seisi keluarga tidak akan berani lagi menentang kerajaan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, sentimen rakyat Sarawak tidak mahu kepada Abdul Taib memang diperkatakan secara meluas di negeri itu.

Katanya, kalau rakyat mempunyai kesedaran dan tidak takut dengan tekanan dan ugutan sudah tentu kerajaan BN Sarawak akan dapat ditumbangkan.

Dalam pilihanraya kali ini, PAS bertanding lima kerusi – Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjong Datu – dari 71kerusi.

Hari ini merupakan hari penamaan calon manakala 16 April hari mengundi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: