Akuan bersumpah Raja Petra

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 April: Tiba-tiba sahaja isu kenyataan bersumpah Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur berbangkit menjelang pilihan raya Sarawak, apa tujuannya?

Tujuannya adalah untuk mengalihkan segala masalah yang dihadapi BN di Sarawak dari masalah sebenar di sana iaitu Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud yang tidak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib sendiri.

Demikian pandangan pelbagai pihak ekoran munculnya secara tiba-tiba wawancara  TV3 dengan Raja Petra di Australia.

Padahal berdasarkan klip yang disiarkan TV3 sendiri jelas, Raja Petra berkata bukan dia yang menuduh Rosmah berada di kawasan pembunuhan tetapi  pihak lain yang memaklumkan kepada beliau Rosmah ada di sana.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Petra menyebut semua nama sumber-sumber beliau itu.

Dalam klip video TV3 itu, Raja Petra menjelaskan, setelah mendapat maklumat itu, dia telah cuba sahkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah melalui orang-orang kanan mereka.

Raja Petra berkata, Anwar mengesahkan perkara itu melalui seorang penulis blog yang berkata Anwar juga mendengar maklumat yang sama dari pegawai kanan tentera yang disebutkan Raja Petra itu.

Raja Petra juga jelaskan, pegawai yang dikatakan bertugas dengan Tengku Razaleigh Hamzah juga mengesahkannya.

Tetapi bukan dari mulut Anwar atau Tengku Razaleigh sendiri.

Tetapi, media terus membuat laporan kononnya Raja Petra nafi tuduh Najib dan Rosmah.

Dalam Akuan Bersumpah Raja Petra bertarikh 18 Jun 2008, beliau berkata, sumber beliau memaklumkan, semua perkara yang dinyatakan dalam akuan itu.

Sila baca akuan bersumpah di sebelah.

Media BN juga melaporkan kononnya Raja Petra muncul di TV3 untuk membuat pengakuan kononnya beliau dipergunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi tidak ada sebarang kenyataan yang menyokong dakwaan media itu dari Raja Petra . Ia hanya kesimpulan yang dibuat oleh editor akhbar berkenaan sahaja.

Raja Petra kini menerangkan cerita di sebelah pihak beliau pula dalam blognya, http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/39695-now-that-the-shit-has-hit-the-fan.

“Sudah tiga tahun saya menulis untuk menerangkan akuan bersumpah yang saya tandatangani pada Jun 2008. Saya juga telah merakamkan video tentang hal yang sama, kini di Youtube, di samping memberikan ceramah tentang isu ini di merata tempat.

“Tetapi sehingga hari ini, penjelasan saya tidak diambil peduli. Mereka tegas memahami ceritanya adalah: Saya mendakwa Rosmah dan dua Lt Koloner berada di tempat pembunuhan Altantuya di malam beliau dibunuhm,” tulis Raja Petra dalam blognya hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: