Dapat faedah macam Semenanjung jika PR menang

Hazayani Zakaria
SEBUYAU, 14 April: Rakyat di negeri Sarawak dijanjikan akan mendapat kemudahan yang telah dinikmati oleh empat negeri di Semenanjung jika mereka memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri kali ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, banyak perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mengikut situasi negeri bagi memastikan rakyat hidup sejahtera.

(Gambar: Calon PAS Sebuyau, Haji Adam Ahid bersalaman dengan kanak-kanak rumah panjang kaum Iban di Belimbing Besi, malam tadi.)

Tambahnya, sumbangan kematian ahli keluarga, bantuan pelajaran, warga emas, bekalan air percuma dan lain-lain dinikmati oleh rakyat yang telah memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Ini, ujarnya amat berbeza dengan pemerintahan BN sebelum itu tidak tidak menyediakan kemudahan berkenaan untuk rakyat sekalipun mampu berbuat demikian.

Justeru, beliau menyeru rakyat Sarawak memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 16 April ini.

“Negeri Sarawak banyak hasil, minyak, balak dan lain-lain tetapi rakyat masih miskin. Jadi, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah, kita pastikan kekayaan negeri ini dapat kepada rakyat,” ujarnya ketika berucap kepada masyarakat Iban di rumah panjang Lunying, malam tadi.

Turut berucap ialah Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan calon PAS, Haji Adam Ahid.

Masyarakat Iban di rumah panjang berkenaan memberikan sokongan dan kerjasama yang amat memuaskan kepada program PAS.

Bahkan mereka sentiasa memberikan tepukan apabila penceramah menyatakan kebaikan yang diperolehi sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Menurut Idris, masalah tanah dan kemiskinan rakyat akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: