Taib Tak Endahkan Najib

oleh: ruhan

Ucapan yang paling enak untuk didengar pada masa ini dalam kempen PRN Sarawak Ke-10 ialah “Siapalah Najib di mata Taib”.  Beriya-iya Najib berjanji kepada rakyat bahawa Taib akan berundur tetapi reaksi Taib ialah dia akan berundur “beberapa tahun lagi”.  Ungkapan itu benar-benar menyakitkan Najib. Taib berani berbuat demikian kerana dia berasa amat berkuasa di Sarawak setelah dikelilingi bomoh import yang handal.

Adakah rakyat Sarawak percaya kepada cakap Najib dalam hal ini? Kata-kata yang diucapkan Taib itu menunjukkan bahawa dia tak endahkan bos BN. Taib lebih hebat daripada Najib. Cakap Taib lebih bisa daripada cakap Najib. Inilah dilema yang sedang melanda BN di Sarawak ketika ini.

Taib tidak bersama Najib ketika berkempen. Najib di tempat lain. Taib juga di tempat lain. Adakah Taib sudah tidak peduli lagi kepada Najib? Mungkinkah Najib yang tidak pedulikan Taib? Jawapan kepada kedua-dua soalan ini sangat tidak penting. Rakyat Sarawak nampaknya tidak lagi ambil pusing dengan pemimpin-pemimpin BN. Mereka tidak menyerbu Najib yang berkempen. Di mana-mana pun Najib cakap, benda yang sama juga diucapkan, iaitu “Hanya BN yang boleh bangunkan Sarawak. Pembangkang tak habis-habis tabur janji. Jangan sokong pembangkang.”

Adakah Najib ingat rakyat Sarawak tak tau pihak yang dia kata pembangkang itu memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor? Adakah Najib ingat rakyat Sarawak tidak tau negeri-negeri itu ditadbir urus lebih baik daripada Taib mengurus tadbir Sarawak? Adakah Najib ingat rakyat Sarawak tak tau Taiblah yang menjadi punca negeri mereka ketinggalan dalam serba-serbi?

Taib pura-pura lupa. Najib pura-pura tak ingat. Rakyat Sarawak tidak pura-pura lupa dan tak ingat. Mereka tahu BNlah yang meletakkan mereka dalam kesempitan. Walaupun begitu, Taib mahu kuasa “beberapa tahun lagi”. Untuk apa? Untuk bina dinasti. Jadi, kata-kata Taib mahupun Najib hanya penghias bibir semata-mata.

Mengapa Taib enggan beritahu tarikh dia akan berundur? Mengapa Taib tidak sebut nama pengganti yang dia kata sudah ada? Mengapa Najib pun tidak menjelaskan hal tersebut ? Sudah pastilah mereka berdua ini hanya berlakon di hadapan rakyat. Baik Taib mahupun Najib, kedua-duanya takut kehilangan kuasa akibat menurut nafsu serakah.

Seperti yang sentiasa diceramahkan oleh Pakatan Rakyat, biarlah bahasa undi yang menamatkan keserakahan BN di Sarawak. Biarkanlah Taib tak endahkan Najib semahu-mahunya. Biarkanlah mulut Najib bebuih mengulang-ngulang kata-kata klisenya. Sarawakians perlu membuat keputusan untuk memilih Pakatan bagi menamatkan kecurangan BN. Ubah sekarang!!!

http://bilahrotan.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: