“Kempen Mega Akhir” Anwar terima sambutan gamat rakyat

PRN SARAWAK | Kurang 24 jam lagi sebelum hari buang undi dalam pilihan raya Sarawak, “kempen mega akhir” Pakatan Rakyat khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak pagi semalam dilihat kian mendapat sambutan gamat.

Di pekan kecil dalam DUN Sadong Jaya pagi semalam, lebih 2,000 rakyat pelbagai kaum mendengar amanat Anwar.

Kempen mega akhir” itu turut mengaksikan penampilkan bercama calon PAS di DUN Sadong Jaya sendiri, iaitu Abang Eddy Abang Fauzi.

Dalam ucapannya di sini, Anwar mengajak rakyat bangkit mempertahankan hak masing-masing antara lain hak memilik tanah adat yang selama 30 tahun di bawah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud seakan dirompak secara terbuka.

“You (kamu semua) hambakah dalam ini negeri, apa negeri ini orang (Barisan Nasional) punya. (Apakah) ini negeri Menteri punya. Apakah tanah ini bukan (milik) kamu semua.

“Mengapa kita miskin. Apa kita kuli (sehingga) tanah kita boleh diambil sesuka hati…kita sama-sama angkat (bangkit) dan lawan mereka,” antara persoalan Anwar yang menggamit sokongan luar biasa di sini.

Masej yang sama turut disampaikan Anwar di di depan lebih 1,500 orang rakyat – majoriti Melayu di satu perkampungan kecil dalam DUN Asajaya yang ditandingan calon PKR, Arip bin Ameran.

Lebih 3,000 rakyat gamat menyambut Anwar dalam “kempen mega akhir” di Bazaar Serian dalam Parlimen Serian pada sebelam malamnya dengan laungang “reformasi” dan “Ubah Sarawak”.

Kebanyakan mereka terdiri oleh masyarakat berbangsa Thiong Hua.

Di Taman BDC, diperhatikan tidak kurang 3,000 rakyat menyambut Anwar.

Dalam ucapan di pentas bantahan, Anwar memberitahu perubahan yang bakal dibuat rakyat Sarawak pada 16 April ini sangat penting kerana bakal meninggalkan kesan berantai di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Justeru jika serahan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berjaya mewujudkan “Thunami Politik” dan ditakdirkan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Putrajaya, beliau memberi jaminan akan menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam.

Tidak cukup dengan itu, beliau berjanji untuk menaikan kadar royalti minyak dari 5 peratus sekarang ke 20 peratus demi meningkatkan kualiti hidup rakyat di Sarawak.

“Kempen mega akhir” Anwar yang berakhir lewat malam tadi di DUN Samariang paling gamat di mana lebih 5,000 rakyat hadir menyertai kempen selamatkan Sarawak dari terus diperintah oleh Barisan Nasional.

Turut hadir adalah beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan calon PKR di Dun Samariang sendiri, Zulrusdi bin Mohamad Hol.

Dalam ucapan pengabisan malam tadi, Anwar kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawa jaminan bahawa dalam masa 24 jam, beliau berpendapat mood perubahan dalam pilihan raya negeri kali ini untuk menolak Barisan Nasional cukup luar biasa.

“Saya nak katakan semangat kebangkitan rakyat Sarawak sangat luar biasa.

“Masej saya satu (iaitu) rakyat mesti buat keputusan (untuk menolak Barisan Nasional, suara rakyat suara keramat,” tegas Anwar disambut tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Bagaimanapun, mood perubahan rakyat ini tidak akan dilaporkan oleh media arus perdana seperti RTM1 dan TV3 sendiri demi menjaga kepentingan keluarga Taib.

Disebabkan itu, Anwar mengajak rakyat sekali lagi untuk menolak media-media pro Barisan Nasional yang dilihat seakan cuba membodohkan rakyat Sarawak, di sini.

“Jangan biar dan izizkan mereka anggap kita sebagai orang bodoh, jangan ingat kita ini kuli.

“Saya, di antara sebab lawan Barisan Nasional, sebab saya melihat mereka ini sudah takabbur (dan) angkuh yang luar biasa,” ujar Anwar.

Dalam nada menyindir, Anwar berselorah, “Ada sedikit kuasa mereka ingat mereka raja. Raja apa? Raja Kapoor” sebagaimana adegan jenaka dalam filem Seniman Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sambil disambut tepukan gemuruh.

Beliau turut mendedahkan propaganda Umno berjudul “Sayang Sarawak” terbitan TV3 yang baginya suatu usaha memperbodoh rakyat di sini.

“Malam-malam bunyi (disiarkan rancangan) Sayang Sarawak, Sayang Sarawak (tapi) rampas tanaH Sarawak. Sayang Sarawak (tapi) harga barang naik. Sayang Sarawak (tapi) harga minyak pun naik.

“Sayang Sarawak (tapi) rakyat miskin merempat hidup (manakala) dua tiga menteri kaya raya melimpah hartanya,” tegas beliau.

Bermula pagi ini ini, Anwar dijadualkan meneruskan “kempen mega akhir” sehingga tamat tempoh berkempen, iaitu tepat jam 12 tengah malam.

Esok adalah hari pembuangan undi, bermula jam 8 pagi hingga lima petang.

Sebanyak 71 kerusi DUN menyaksikan pertandingan pada pilihan raya kali ini.

Pakatan Rakyat, khususnya 49 calon berwibawa dari PKR ditampilkan bagi misi selamatkan Sarawak dari terus diperintah secara tidak telus oleh Barisan Nasional.

“Selamatkat Sarawak, Taib Mahmud Simbol BN Khianat Rakyat”

“PRU13: Satu undi pada Umno BN adalah SATU PENGKHIANATAN terhadap nasib rakyat!”

Penerangan gambar: Antara yang sempat dirakam lesna telefon saya di Dun Sadong Jaya petang semalam dalam himpit-himpit rakyat yang hadir

Sumber: Nota Merah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: