Eksklusif: ‘Tsunami’ Pilihan Raya Negeri Sarawak Bermula, Petanda Rakyat Dahagakan Perubahan Dan Tidak Mahu Si Taib Mahmud Terus Berkuasa

Memandangkan media arus perdana sering melaporkan berita yang “berat sebelah” soal sokongan rakyat di Pilihanraya Negeri Sarawak, maka kami paparkan gambaran sebenar apa yang berlaku di sana sekarang ini. Media BN menutup cerita kononnya pembangkang tidak mendapat tempat dihati rakyat, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ribuan rakyat Sarawak sebenarnya amat dahagakan perubahan kali ini. Mereka sudah jemu dan bosan diperintah oleh BN dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud. Senario terkini sebenarnya Pakatan Rakyat kini mendapat sokongan padu dimana-mana juga ceramah yang diadakan oleh pemimpin mereka. Namun, dek kerana gusar rakyat tahu kisah sebenar “tsunami kebangkitan rakyat” di negeri itu, maka mereka melaporkan sebaliknya. Apa yang jelas dapat disaksikan, banyak ceramah BN hanya dihadiri oleh beberapa kerat rakyat yang masih mengharapkan bantuan pilihanraya daripada parti itu. Justeru itulah kita tidak hairan Perdana Menteri, Najib Razak terpaksa berkampung di Sarawak demi memastikan BN tetap menang besar dalam pilihanraya ini nanti. Beliau sebenarnya terlalu takut dengan kebangkitan rakyat di sana sekarang. Lantaran itu jugalah kini beliau sanggup tabur janji dan wang “serta merta” demi menagih kembali sokongan rakyat.


Bukti penolakan rakyat, hanya beberapa kerat sahaja yang hadir ke ceramah
anjuran Barisan Nasional di salah satu lokasi yang sempat dirakamkan ini

Perdana Menteri Najib Razak kini amat takut, jika Sarawak tumbang atau banyak kerusi jatuh ke tangan pembangkang makanya harapan besar untuk beliau melihat “jalan keluar dari Putrajaya” dalam Pilihanraya Umum akan datang semakin cerah sebenarnya. Inilah yang amat ditakuti oleh Rosmah Mansor sebenarnya. Maka itu, apa saja perlu dilakukan sekarang hatta menggunakan isu video seks dan terkini berkompromi dengan blogger Raja Petra untuk membuat provokasi agar rakyat percaya apa yang dilakukannya. Namun, sayang sekali sebenarnya Najib sudah terlambat. Gunakan apa saja senjata untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim namun rakyat tetap tidak percaya. Sekali terkena maka rakyat tidak akan tertipu sampai bila-bila. Malah, dengan isu-isu panas yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim, sokongan rakyat terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu terus meningkat dari masa ke semasa. Auranya masih berbisa dan jauh mengatasi kewibawaan Najib itu sendiri. Lihatlah apa yang berlaku dan benarlah “Tsunami Pilihanraya” yang melanda semenanjung pada Pilihanraya Umum 2008 lalu pasti akan berlaku di sana.[Apa yang jelas dapat dilihat dalam gambar ini membuktikan bahawa memang “Tsunami Politik” bakal melanda Sarawak pada 16 April ini. Media arus perdana boleh melakukan apa sahaja untuk menutup kebenaran ini. Namun, rakyat sudah menyaksikan satu gelombang yang besar, sama seperti apa yang berlaku di Mesir dulu. Mereka sudah jelek dengan Ketua Menteri, Taib Mahmud yang semakin tua semakin menjadi-jadi. Malah, Taib lebih hebat daripada Hosni Mubarak, kerana Presiden Mesir itu berjanji untuk meletak jawatan bulan September tahun ini sebelum dia melepaskan jawatannya. Namun, Taib Mahmud pula berjanji akan letak jawatan selepas menang kemudian “putar alam” kata akan memberi kuasa kepada penggantinya beberapa tahun akan datang tanpa tarikh yang tepat. Ini bermakna pemerintahan Taib lebih “firaun” dari presiden Mesir itu sendiri. Soalnya apakah rakyat mahu terus menanggung derita buat kesekian kalinya?. Maka itulah kebangkitan rakyat sudah jelas dapat dilihat kerana mereka kini benar-benar mahu menuntut perubahan ].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: