Hiburan alternatif PAS dapat sambutan penduduk

Hazayani Zakaria
MUARA TUANG, 15 April: Pendekatan yang diambil oleh PAS untuk mendekati masyarakat melalui hiburan alternatif ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di Dun ini.

Konsert Mini Bersama Mua’dz yang diadakan di kawasan berhampiran pangkalan feri Kota Samarahan petang semalam dan Kampung Sungai Bandong malam tadi mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Walaupun tiada pentas yang sempurna, namun masyarakat tempatan yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa tetap setia mengikuti persembahan Mua’dz dan Hafiedz Algebra yang ternyata menghiburkan mereka.

Celoteh bersahaja mereka berdua mencuit perasaan hadirin yang diselit dengan lawak jenaka spontan menambahkan keceriaan majlis berkenaan.

Lagu-lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan yang dialunkan oleh Mua’dz dan paluan berbagai jenis gendang oleh Hafiedz yang dikenali dengan panggilan Master Gendang mengundang reaksi spontan daripada hadirin.

Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian, penduduk juga diajukan soalan-soalan pengetahuan am dan diberikan hadiah bagi mereka yang berani tampil ke hadapan dan menjawab soalan.

Ternyata program PAS yang berteraskan prinsip dakwah seperti itu mampu mendedahkan masyarakat setempat bahawa parti itu mengizinkan hiburan yang tidak melalaikan.

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma turut dibuka kepada mereka yang ingin memeriksa tahap kesihatan masing-masing dan dikendalikan oleh tiga doktor daripada Papisma Perak.

Ada juga penduduk yang menyokong BN kelihatan berminat untuk hadir ke program tersebut namun kerana tidak berani, mereka hanya memerhati dan mendengar dari jauh.

Calon PAS di Dun ini, Noraini Hamzah turut bersama-sama dalam program ini dan beramah mesra dengan penduduk.

Menurut Pengarah HalWa Perak yang bertugas di Dun ini, Amizan Baharudin selain memperkenalkan PAS kepada masyarakat, mereka juga harus diperkenalkan dengan hiburan yang dapat membawa mereka mengenali dan mencintai Islam.

“Petugas Semenanjung yang datang ke sini juga bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada mereka.

“Kami melihat masyarakat terutamanya golongan muda sukakan hiburan. Jadi kami gunakan pendekatan hiburan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.

“Walaupun sekejap, tapi kami yakin usaha ini akan memberikan kesan positif kerana mereka dapat melihat bahawa Islam tidak menghalang kita untuk berhibur asalkan tidak melalaikan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: