Musykil: Polis Kenal Pasti Identiti ‘Pelakon’ Video Seks, Soalnya Kenyataan Itu Atas Tanggungjawab Atau Dek Kerana Pilihan Raya Sarawak Sabtu Ini!

KUALA LUMPUR 15 April – Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dalam rakaman video yang didedahkan oleh trio Datuk T baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (foto) berkata, identiti lelaki berkenaan dikenal pasti setelah polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk merekodkan keterangan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dikaitkan dengan video berkenaan. “Polis telah mengetahui siapa lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video itu, tetapi tidak perlu saya dedahkan nama individu terbabit. “Identiti lelaki berkenaan dikenal pasti melalui bukti dan fakta yang kukuh selepas pakar mengesahkan video itu adalah sahih. Berkenaan perempuan itu, pasukan siasatan lebih mengetahui,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam. Tambahnya, rakaman yang diserahkan oleh trio Datuk T itu juga akan dianalisis oleh pakar-pakar lain termasuk dari dalam dan luar negara. Selain enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan, Ismail turut tidak menjelaskan lokasi rakaman itu dibuat dan pihak yang mendalanginya kerana mengikut prosedur siasatan ia tidak boleh diberitahu ketika ini. Ditanya sama ada lelaki yang melakukan seks dalam rakaman tersebut akan dikenakan tindakan, beliau berkata, polis serta pendakwa raya akan menyemak dari pelbagai sudut setelah siasatan selesai dilakukan. Ismail memberitahu, polis juga setakat ini belum menerima maklumat berhubung pendaftaran pembelian jam tangan jenama Omega daripada pengedarnya. “Tetapi kita percaya, maklumat pembelian jam itu akan diserahkan oleh pengedarnya dalam tempoh terdekat,” ujarnya. Katanya, siasatan video seks itu dijangka dapat diselesaikan minggu hadapan sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada Pejabat Pendakwa Raya.

[Terkadang memang kita sebagai rakyat amat musykil dengan cara kerja pihak polis ini. Jika pun ada adengan seks berlaku antara pasangan terbabit, maka itu bukan tugas polis untuk membawa ke pejabat Peguam Negara. Perkara itu perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan pihak jabatan agama yang perlu menjalankan siasatan. Ini bukan kes rogol atau kes bunuh. Ini kes dengan pelacur. Lihat dulu ketika pembunuhan pragawati Noritta Samsuddin (foto), Haneef Basri mengaku dia ada “buat seks” dengan wanita terbabit dan disahkan air mani dia banyak dalam rahim wanita itu, tetapi kenapa pihak polis tidak menyiasat dan membawa fail dia ke Peguam Negara atas kesalahan “merogol” atau melakukan seks?. Tiba-tiba kes Datuk T, mereka jadi tak keruan pula. Lebih baiklah polis menyiasat siapa yang arahkan Sirul dan Azilah (UTK Najib) membunuh Altantunya Shariibuu. Sebab sampai ke hari ini masih belum ada jawapannya. Mereka hanya bersalah membunuh, tapi arahan siapa hingga kini dirahsiakan. Polis harus membebaskan diri mereka dari kekangan politik jika ingin maju. Jika tidak sampai bila polis kita akan dianggap sama seperti polis dalam filem “hindi atau tamil” yang kita saksikan selama ini. Kembalilah kepada kebenaran dan insaflah wahai anggota polis. Hidup ini ada matinya, bukan boleh menongkat langit sampai bila-bila. Kalau inilah cara mereka bekerja, macam mana rakyat mahu terus yakin kepada integriti polis itu agaknya].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: