BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.15 MUARA TUANG

NEGERI : SARAWAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.15 MUARA TUANG

NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1 . DATO` SRI HAJI MOHAMMAD ALI MAHMUD BN 11039 MENANG
2 . NORAINI BINTI HAMZAH PAS 3,196
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 18,820
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 299
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 14,534
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 14,570
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 36
PERATUS PENGUNDIAN : 77.42%
MAJORITI : 7,843

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.3 TANJUNG DATU

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : SARAWAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.3 TANJUNG DATU

NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1 . ADENAN BIN SATEM BN 4218 MENANG
2 . GILBERT ASSON ANAK KULONG BEBAS 215 HILANG DEPOSIT
3 . NANI BT SAHARI PAS 1,002
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 7,936
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 62
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 5,497
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 5,517
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 20
PERATUS PENGUNDIAN : 69.52%
MAJORITI : 3,216

ABANG AHMAD KERDEE BIN ABANG MASAGUS-keputusan dari spr!

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : SARAWAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.24 BETING MARO

NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1 . RAZAILI BIN HAJI GAPOR BN 3069 MENANG
2 . ABANG AHMAD KERDEE BIN ABANG MASAGUS PAS 2,678
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 7,868
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 61
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 5,808
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 5,808
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 0
PERATUS PENGUNDIAN : 73.82%
MAJORITI

Dun sadong jaya ABANG EDDY ALLYANNI BIN ABANG FAUZI(ketua pemuda negeri)

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : SARAWAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.20 SADONG JAYA

NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1 . AIDEL BIN LARIWOO BN 4008 MENANG
2 . MAHAYUDIN BIN WAHAB BEBAS 402 HILANG DEPOSIT
3 . ABANG EDDY ALLYANNI BIN ABANG FAUZI PAS 1,074
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 7,656
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 89
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 5,573
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 5,589
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 16
PERATUS PENGUNDIAN : 73.00%
MAJORITI : 2,934

Keputusan tepat dari spr pesuruhjaya pas haji adam bin ahid

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : SARAWAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.22 SEBUYAU

NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1 . ALI BIN SEMSU BEBAS 67 HILANG DEPOSIT
2 . ADAM BIN AHID PAS 1,769
3 . JULAIHI BIN NARAWI BN 4045 MENANG
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 8,042
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 87
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 5,968
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 5,979
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 11
PERATUS PENGUNDIAN : 74.35%
MAJORITI : 2,276

Menang sorak Pakatan

Oleh Wan Hamidi Hamid
April 16, 2011

ANALISIS, 16 April – DAP menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tetapi prestasi parti-parti sahabat Pakatan Rakyat amat mengecewakan. Lebih menyedihkan ialah PKR yang hanya dilihat menang sorak.

Dari awal lagi, DAP berpegang kepada strategi menarik undi simpati dengan slogan mahu menafikan dua pertiga majoriti BN Sarawak kerana ia terbukti membawa kejayaan pilihan raya umum 2008 serta pilihan raya kecil Sibu tahun lalu.

Namun strategi sedemikian tidak menarik perhatian pucuk pimpinan PKR yang lebih selesa dengan cakap-cakap naik semangat mahu mengambil alih pentadbiran negeri.

Hakikatnya tiada siapa yang yakin dengan perubahan sebesar itu.

Kebanyakan pengundi dan pemerhati politik yang rata-rata bersikap konservatif lebih yakin dengan kemungkinan menafikan dua pertiga majoriti.

Namun, strategi PKR yang menuntut, gambil dan bertanding lebih dua pertiga dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak mungkin memaksa para pemimpinnya untuk berkempen menawan negeri daripada sekadar menafikan dua pertiga majoriti.

Apa pun strategi itu gagal dan kesannya PKR hanya menang tiga kerusi.

Hebat juga kerana sebelum ini PKR hanya mempunyai satu kerusi DUN.

Memang PKR dan Pakatan boeh menyalahkan BN yang memperguna serta menyalahgunakan jentera kerajaan. Memang media massa yang dikuasai BN berat sebelah dan terang-terang berkempen untuk Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN.

Namun, dengan tekanan yang hebat dan zalim itu, DAP masih mampu meraih 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya. Itu pun 15 kerusi yang diperolehi selepas rundingan dengan PKR walau pun pada mulanya DAP mahu bertanding di 20 kawasan DUN.

Kesan yang lebih besar kepada Pakatan ialah usaha menghadapi PRU akan datang. Kemampuan PKR di Sarawak akan menjadi bahan propaganda Umno dan BN. Ini ditambah pula dengan PAS yang diberi lima kerusi di Sarawak telah pulang dengan tangan kosong.

Yang perlu sekarang ialah bagi PKR menilai semula strategi – bukan sahaja strategi dan taktik pilihan raya – tetapi kedudukannya bersama DAP dan PAS serta parti-parti sahabat di Sarawak dan Sabah.

Ketiga-tiga parti ini perlu duduk bersama melihat diri sendiri – siapa mempunyai jentera paling ampuh, siapa mempunyai pemimpin dan calon berwibawa, siapa mempunyai perencanaan dan rancangan yang lebih jelas serta jitu, dan siapa patut membuat apa.

Cakap besar dan berlagak “big brother” patut disisihkan. Pembahagian kerusi dan kawasan yang selama ini mengikut kaum dan agama juga perlu satu penilaian semula walau pun ia amat sukar untuk dilaksanakan.

Dengan kerjasama para NGO dan kumpulan-kumpulan yang mesra Pakatan, usaha mendemokrasikan struktur dan amalan perlu diteruskan – membebaskan media, meneluskan amalan kerajaan dan mewujudkan persefahaman antara kaum dan agama.

Kemenangan BN memang sesuatu yang amat membanggakan gabungan pemerintah itu yang masih diselaputi persepsi salah guna kuasa, penyelewengan, tidak adil dan tidak demokratik.

Memang BN sepatutnya menang besar kerana semua media arus perdana berkempen untuknya; semua jentera kerajaan daripada hasil sumber alam dan wang cukai rakyat hanya boleh digunakan oleh para pemimpin BN; kuasa imigresen negeri digunakan untuk menyekat kemasukan beberapa pemimpin NGO dari Semenanjung.

Kemenangan seperti itu memang tidak adil. Dan selama itu BN, sama ada di Sarawak, Sabah dan Semenanjung, terus mengamalkan demokrasi terpimpin yang memastikan rakyat tidak perlu kepada sebarang bentuk ketelusan.

Persoalannya, khususnya untuk renungan Pakatan, jika BN masih diterima rakyat melalui strategi dan taktik yang tidak demokratik itu, apakah langkah seterusnya untuk Pakatan?

Yang lebih penting untuk Pakatan ialah bersiap sedia untuk menghadapi PRU akan datang. Datuk Seri Najib Razak telah pun membayangkan bahawa tarikh PRU akan mengambil kira keputusan PRN Sarawak.

Ini membuka kemungkinan PRU boleh diadakan pada Jun atau Julai ini. Najib dan BN tentunya mahu mengekalkan momentum Sarawak.

Bagi BN, kalau pun DAP juga dilihat mampu mengekalkan momentum Sarawaknya, ia tidak akan dianggap pencabar utama dalam PRU akan datang. Yang penting bagi BN, khususnya Umno, para pemimpinnya melihat PKR dan PAS tidak mampu memberi cabaran yang serius dalam PRU akan datang.

Keadaan ini memerlukan Pakatan Rakyat untuk sama-sama merendah diri mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada jika benar-benar serius untuk membangkitkan semula semangat tsunami 2008.

Analisis segera: 5 faktor kekalahan PAS di S’wak(sabah daily)

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera

Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.

Kempen lambat

Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.

Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin

Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.

Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.

Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu

Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian – seorang Dayak – dilihat menakutkan masyarakat Melayu.

Labels:

Penghulu Iban letak jawatan 24 jam

Penghulu Endawie Entingi yang menjadi pencadang Calon Dr John Brian Anthony Dun Meluan meletak jawatan 24jam.

Katanya ini bukan kerana tekanan mana-mana pihak tetapi adalah secara sukarela.

Beliau cukup yakin Dr John Brian Anthony calon PKR akan menang.

Cuaca pagi ini di hari pengundian di Dun Meluan baik dan ramai yang keluar mengundi dan bersedia buat perubahan.

Keputusan rasmi: BN 52 kekal kuasa, Pakatan 13

TERKINI @ 09:59:34 PM 16-04-2011
April 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 April — Secara rasmi Barisan Nasional (BN) telah memperoleh 52 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meneruskan kerajaan negeri bumi Kenyalang manakala Pakatan Rakyat tiga belas.

BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 8.40 malam.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 51 kerusi kali ini berbanding 63 pada 2006.

Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi,” katanya.

Bebas menang di Pelagus.

“Dengan ini saya isytiharkan BN memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukan dan boleh di bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Lapan kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP lima. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. Kerusi Pelagus dimenangi oleh George Ak Lagong yang menewaskan Stanley Nyitar dari BN yang menerima 2,903 undi manakala wakil PKR Edward Sumbang menerima 1,171 undi.

Setakat 10 malam BN menang di Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Beting Maro, Belaga, Batu Danau, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Simanggang, Semop, Ngemah, Dalat, Nangka, Tarat, Batang Air, Muara Tuang, Balingian, Pantai Damai, Engkelili, Tupong, Kalaka, Tanjung Datu, Demak Laut.

BN juga menang di Samariang, Kedup, Bekenu, Telang Usan, Asajaya, Bukit Begunan, Lambir, Bukit Kota, Jepak, Marudi, Tasik Biru, Tamim, Saribas, Senadin dan Bengoh.

Kerusi Krian, Ba’kelalan dan Batu Lintang dikuasai PKR manakala Repoh, Pending, Batu Kawah, Meradung, Pelawan, Bukit Assek, Piasau, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.

KEPUTUSAN RASMI

PAS hormati keputusan rakyat

Aziz Muda

KUCHING, 16 April: PAS menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur dengan keputusan itu, walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak Ke-10 tahun ini, termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya.

Namun PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperolehi yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak.

Timbalan Presiden PAS yang juga Pengarah pilihan raya ini, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, peningkatan baik yang diterima oleh PAS amat ketara di Dun Beting Maro yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, apabila hanya kalah dengan majoriti sekitar 400 undi kepada BN, berbanding PRN Sarawak tahun 2006 sebanyak 800 undi.

Menurut beliau, begitu juga di Dun Tanjung Datu yang terletak dalam kawasan Parlimen Santubung dan Dun Muara Tuang yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan yang baru pertama kali ditandingi, tetapi turut memperlihatkan sokongan yang amat baik di kalangan pengundi di kawasan itu terhadap PAS.

Katanya, namun PAS amat kesal dengan laporan dan analisis yang dibuat oleh Astro Awani awal malam ini yang amat jauh menyimpang dari kebenaran dengan mengatakan PAS mengalami kekalahan sebanyak 2,000 undi di Beting Maro.

“Laporan dan analisis Astro Awani itu ternyata tak betul. Malah sebenarnya sokongan para pengundi di Beting Maro terhadap PAS ternyata semakin meningkat sehingga hanya kalah dengan majoriti undi yang amat kecil sebanyak 391 undi sahaja,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Walaupun kalah bagi kesemua kawasan yang ditandingi, menurut beliau, perkembangan dari PRN Sarawak Ke-10 ternyata semakin memberikan sinar kepada PAS untuk menempa kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

“Dengan perkembangan yang baik ini, PAS tidak akan patah semangat untuk melakukan gerak kerja yang lebih baik di Sarawak sama ada dari sudut politik dan sudut-sudut lain.

“Malah, PAS pasti akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi usaha di Sarawak dari semasa ke semasa bagi menghadapi pilihanraya akan datang demi kepentingan rakyat Sarawak termasuk dalam politik dan bidang-bidang lain,” tegasnya.

Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengundi di Sarawak yang telah memilih PAS dalam pilihanraya tahun ini.

“Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada jentera PAS di semua peringkat, sama ada dari kalangan jentera tempatan dan juga jentera-jentera PAS dari luar, yang telah bertungkus lumus berusaha membantu PAS untuk mencapai kemenangan sejak awal kempen hingga hari pengundian.

“Inilah semangat yang PAS mahu dan inilah semangat yang cukup baik yang telah ditunjukkan oleh jentera-jentera PAS dari semua peringkat termasuk dari kalangan jentera tempatan dan jentera-jentera PAS dari luar Sarawak,” tegasnya.

%d bloggers like this: