Diberi ambik, pangkah tetap bulan Nazri Abdullah BETING MARO, 15 April: Calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berpuas hati dengan kempen beliau sepanjang 10 hari sejak hari penamaan 6 April lalu. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Handsome’ ketika ditemui memberitahu, sambutan yang diterimanya sangat baik oleh semua kaum di sini. “Kita boleh tengok jari ‘peace’ iaitu simbol calon nombor dua dilayankan oleh penduduk bila nampak saya dan lambang bulan,”katanya. Beliau ditemui ketika selesai melawat satu kawasan dengan menaiki bot di Jeti Kampung Pusa di sini petang ini. Hari ini merupakan hari terakhir kempen yang akan tamat jam 12 malam ini sebelum menjelang hari pengundian esok. Ditanya tentang keyakinan untuk menang, beliau menyerahkan kepada pengundi esok apatah lagi berdepan kempen saat akhir pihak lawan. “Parti lawan kita malam ini akan bagi beras, basikal dan macam-macam lagi. “Kita harap penduduk di sini cekal hati, kita bagitahu apa yang diberi ambil, tapi pangkah tetap bulan,”katanya. Abang Ahmad Kerdee akan ditentang calon BN Razaili Gapor. Banyak pihak melihat PAS berkelebihan di Dun Beting Maro. Ianya bukan sahaja dibantu faktor kebencian masyarakat di sini terhadap BN, malah juga faktor calon dari anak tempatan.

Nazri Abdullah

BETING MARO, 15 April: Calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berpuas hati dengan kempen beliau sepanjang 10 hari sejak hari penamaan 6 April lalu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Handsome’ ketika ditemui memberitahu, sambutan yang diterimanya sangat baik oleh semua kaum di sini.

“Kita boleh tengok jari ‘peace’ iaitu simbol calon nombor dua dilayankan oleh penduduk bila nampak saya dan lambang bulan,”katanya.

Beliau ditemui ketika selesai melawat satu kawasan dengan menaiki bot di Jeti Kampung Pusa di sini petang ini.

Hari ini merupakan hari terakhir kempen yang akan tamat jam 12 malam ini sebelum menjelang hari pengundian esok.

Ditanya tentang keyakinan untuk menang, beliau menyerahkan kepada pengundi esok apatah lagi berdepan kempen saat akhir pihak lawan.

“Parti lawan kita malam ini akan bagi beras, basikal dan macam-macam lagi.

“Kita harap penduduk di sini cekal hati, kita bagitahu apa yang diberi ambil, tapi pangkah tetap bulan,”katanya.

Abang Ahmad Kerdee akan ditentang calon BN Razaili Gapor.

Banyak pihak melihat PAS berkelebihan di Dun Beting Maro.

Ianya bukan sahaja dibantu faktor kebencian masyarakat di sini terhadap BN, malah juga faktor calon dari anak tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: