Keluar awal nak ‘nyonteng’ bulan

Nazri Abdullah

BETING MARO, 16 April: Rata-rata penduduk di sini hari ini keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Tinjaun Harakahdaily di beberapa tempat pembuangan undi mendapati, kebanyakan penduduk menunggu sejak awal pagi sebelum pusat pengundian dibuka.

Ramai di kalangan mereka turut membawa kipas tangan hijau bercetak gambar Mursyidul Am PAS dan lambang bulan.

Bagaimanapu, petugas SPR mengarahkan mereka meninggalkannya di luar kerana sebarang lambang parti tidak dibenar dibawa masuk dalam kawasan 50 meter dari tempat pengundian.

Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Azam berkata, keadaan yang ramai keluar sejak awal pagi ini sangat berbeza dengan pengundian tahun 2006. Beliau yang juga seorang pengawal keselamatan di salah sebuah bank di sini berkata, mereka hari ini keluar awal kerana tidak sabar mahu ‘nyonteng’ (pangkah) PAS.

“Saya sudah lama menyokong BN, ramai sini dulu sokong BN, hari ini kami keluar awal mahu nyonteng bulan,”katanya.

Ditanya apa faktor yang mebuatkan beliau mahu meninggalkan BN, beliau memberitahu kerana tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan negeri perlakukan terhadap mereka.

Ianya merujuk kepada isu tanah yang gagal diselesaikan kerajaan BN malah ada tanah yang diusahakan mereka dirampas.

“Tanah belakang rumah saya, saya tanam macam, dah dirampas dan tidak dibenar masuk lagi,” katanya.

Semua 5 adik beradiknya juga katanya turut membuat perubahan sama.

Isu tanah antara isu paling besar, bukan sahaja di sini malah seluruh kawasan di Sarawak.

Ianya menjadi kemarahan setiap masyarakat di sini yang juga menjadi pencetus kepada kemarahan mereka terhadap pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abang Ahmad dikerumun

Sementara itu, calon BN Raizali Gapur didakwa kurang mendapat sambutan di sini. Semalam beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Baru Beladin, iaitu tempat sama dengan calon PAS Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Beliau juga turut menyediakan makanan dan minuman percuma yang siap dibungkus kepada ahli jemaah yang hadir.

Bagaimanapun, selepas selesai solat Jumaat, penduduk dilihat tidak berminat bertemu beliau malah calon PAS pula menjadi tumpuan mereka.

Abang Ahmad ketika ditanya berhubung perkara itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menyerang peribadi calon lawan dan melihat sokongan teradap beliau itu pentanda baik untuk perubahan Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: