Pakatan mula kerja akhir PRN dengan ceria

Harakahdaily

KUCHING, 16 April: Pakatan Rakyat memulakan kerja akhir pilihan raya negeri (PRN) Sarawak hari ini dengan sasaran untuk menafikan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dun Sarawak.

Semua calon-calonnya bergerak ke tempat mengundi masing-masing dengan penuh ceria ekoran laporan awal Pakatan mempunyai harapan besar mencapai sasaran itu.

Ketika ada anggaran kerajaan BN akan jatuh dalam PRN ini, pemimpin Pakatan merendahkan sedikit anggaran mereka kepada menafikan kuasa dua pertiga BN.

“Saya meletakkan sasaran menafikan dua pertiga itu sebagai boleh diterima tetapi tidak menolak untuk menjatuhkan kerajaan BN,” kata seorang pemimpin kanan PAS.

Beliau tidak menolak ramalan yang dibuat oleh Zentrum Future Studies yang meletakkan Pakatan akan mendapat sehingga 49 peratus sokongan berbanding dengan BN hanya 27 peratus, Snap 20 peratus dan Bebas empat peratus tetapi ramalan itu bagi beliau terlalu tinggi.

(Gambar: Pola pengundian berdasarkan anggaran akhir yang dibuat oleh Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) – Prediction and Tomorrow?)

Zentrum dalam laporan akhir mereka meramalkan, Pakatan akan mendapat 34 kerusi, BN 19, Snap 14 dan Bebas 4.

“Bagi saya, yang lebih boleh dipercayai buat masa sekarang adalah 28 kerusi untuk Pakatan,” kata beliau.

Beting Maro

Sementara itu, wakil Harakahdaily di Beting Maro, Nazri Abdullah melaporkan, calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memulakan lawatan ke pusat pengundian pagi ini di Sekolah Menengah Beladin.

Beliau yang dilihat ceria dan bersemangat, tiba di sini kira-kira jam 7.45 pagi selepas mengharungi sungai dengan menaiki bot dari pengkalan jeti Beladin.

Turut mengiringi beliau ketika ini, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rakman. Beting Maro adalah harapan utama PAS untuk menang.

(Gambar: Keluar awal untuk mengundi di Beting Maro. Pengundi berbaris jam 7.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Muton)

Abang Ahmad atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Handsome’ di kalangan penduduk di sini sejak hari penamaan calon 5 April lalu, kemudiannya akan ke Sek. Keb. Semarang sebelum meneruskan lawatan ke Sek. Keb. Sepinang.

Beliau yang juga anak tempatan di sini, turut akan membuang undi di Sek. Keb. Spaoh iaitu selepas pulang dari Sek. Keb. Sepinang.

Selepas itu, Abang Ahmad akan ke SRJK Cina Pusa, SK Kalok, SK Tambak dan SK Muton.
Dun Beting Maro mempunyai sejumlah 7,868 orang pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Pada pilihan raya negeri 2006 lalu, PAS melalui calonnya Alem Din tewas hanya dengan majoriti 895 undi kepada calon BN Bolhassan Haji Di.

Alem mendapat 1,901 undi manakala Bolhassan mendapat 2796 undi.

Beting Maro juga mempunyai pecahan penduduk Melayu Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

Pada pilihan raya kali ini PAS bagaimanapun dijangka mampu merampas kerusi Dun ini.

(Gambar: Calon PAS Beting Maro, Abang Mat [tengah] di atas feri menunju kawasan pengundian)

Sejak hari penamaan calon lagi, banyak pihak menjangkakan PAS boleh menang di kerusi ini.

Selain faktor kemarahan rakyat kepada kepimpinan negeri, ianya juga dibantu faktor calon muda PAS yang juga seorang peguam.

Faktor lain yang dijangka turut memberi kelebihan adalah perbalahan dalaman BN di sini yang memprotes calon bukan pilihan mereka, Razaili Gapur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: