PAS: Kita Tanding 5, nak menang juga 5

Nazri Abdullah

MATANG JAYA, 15 April: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding untuk menang disemua lima kerusi yang ditandingi.

Sambil meraikan pandangan yang mengatakan PAS mungkin akan menang di tiga dari lima kerusi yang ditandingi, beliau berkata “Kita tanding lima kita nak menang lima”.

Beliau yang juga Pengarah PRN Sarawak berkata, PAS sedang membina keyakinan yang tinggi memandangkan momentum sokongan rakyat diluar jangkaan.

(Gambar: Nasharudin bersama PJ PAS Sarawak, Adam Ahid)

Mengulas desas desus Pakatan Rakyat bakal menafikan dua pertiga kerusi BN, beliau berkata terlalu banyak andaian yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat.

“Kalau berdasar cakap-cakap, bukan sahaja Pakatan boleh nafi dua pertiga kerajaan negeri, malah ada yang kata kerajaan BN akan tumbang pilihan raya kali ini,”katanya lagi.

Namun ujarnya lagi, perkara itu tidak mustahil kerana isu besar yang menjadi kebencian seluruh rakyat Sarawak adalah isu Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebab itulah katanya, peningkatan penerimaan rakyat terhadap Pakatan untuk kali ini agak mendadak dan luar biasa berbanding pilihan raya negeri 2006.

Dalam siri kempen bertemu pengundi, beliau berkata kebencian rakyat terhadap Taib dapat dilihat dengan jelas khususnya dalam isu berkaitan tanah adat yang dirampas.

Berdasarkan faktor itu, beliau meletakkan keyakinan bahawa Pakatan mampu membuat kejutan pada pilihan raya kali ini.

“Kita telah datangkan ‘full force’ untuk sedia ambil alih kerajaan negeri Sarawak,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: