Hampir kesemua calon SNAP hilang deposit

Hampir kesemua 26 calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, kecuali calonnya, Toh Heng San yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas.

Mereka merupakan antara 71 calon, termasuk 36 calon bebas, yang hilang wang pertaruhan berjumlah RM355,000 iaitu RM5,000 seorang.

Selain itu, enam calon PKR dan empat calon Parti Cinta Malaysia (PCM) turut hilang wang pertaruhan.

Kesemua mereka kehilangan wang pertaruhan itu setelah mendapat undi kurang daripada satu per lapan atau kurang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dalam kerusi DUN yang ditandingi mereka.

Daripada 41 calon bebas yang bertanding, hanya lima orang yang berjaya mendapat balik wang pertaruhan termasuk George ak Lagong.

Beliau memenangi kerusi DUN Pelagus dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional Stanley Nyitar @ Unja ak Malang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon PKR, Edward Sumbang ak Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Calon bebas yang mendapat undi paling kecil ialah Mathew Munan yang hanya memperoleh 27 undi bagi kerusi DUN Belaga daripada jumlah pengundi seramai 5,913 orang.

Penyandang kerusi DUN Pandungan Dominique Ng Kim Ho yang bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kali ini turut kehilangan wang pertaruhannya dengan mendapat 439 undi.

Dalam pilihan raya negeri 2006, Ng yang bertanding atas tiket PKR telah memenangi kerusi itu dengan memperoleh 1,417 undi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: