Kemenangan Dalam Kekalahan

Oleh: waksab

“Kemenangan yang di perolehi, bukanlah tanda kebenaran atau kebathilan sesuatu yang di perjuangkan. Siapa yang menang bukan makna dia betul kerana kemenangan, siapa yang kalah pula bukan bermakna dia salah kerana kekalahan. Dalam perjuangan Rasulullah SAW berjuang menegakkan Islampun ada masanya Nabi menang, dan ada masanya Nabi SAW kalah. Adakah semasa Nabi SAW kalah, ianya menunjukkan perjuangan Nabi itu salah? Nabi SAW tetap benar ketika menang ataupun kalah dalam peperangan atau perjuangannya.

Kemenangan ada kalanya bukan tanda benar atau salahnya sesuatu usaha dalam perjuangan. Tetapi merujuk kepada kenapa perjuangan itu dilakukan. Kemenangan sebenarnya ialah dinilai apa yang menepati menurut Al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Itulah kemenangan!

Kemenangan menegakkan kebenaran. Kemenangan melawan kebathilan dan berusaha menyanggahi segala yang bercanggah dengan hukum Allah. Dan menjadi sejarah kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW memang amat sukar untuk menang, tetapi Nabi SAW dan sahabatnya tidak berhenti berjuang kerana kalah dalam perjuangan.

Menang adalah amanah untuk memikul dan melaksanakan perintah Allah atas kemenangan. Dan kalah pula bukan bermakna salah dan terus lemah untuk memperjuangkan kebenaran. Setiap kali kekalahan itu ditempuhi, ianya adalah ujian untuk menilai tahap kesabaran. Dan sudah semestinya menjadi muhasabah untuk mendesak kepada peningkatan daya juang bagi lebih melakukan pengorbanan bagi meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran.

Bersabarlah kerana Rasulullah SAW juga melalui perjuangan dengan penuh kesabaran dan keyakinan yang tinggi akan pertolongan Allah bagi merempuh rintangan yang lebih dahsyat dari ini.

Dan kenapa perlu berjuang? Kerana ianya adalah perintah Allah, dan Allah akan mengganjarinya dengan kemuliaan.

Maksudnya ; “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.” As-Saf ayat 10-12

Kemenangan sebenar adalah kemenangan mempertahankan yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah dalam apa juga keadaan dan situasi, walaupun dalam nilaian manusianya kita kalah. Wallahua’lam.

Nota: 
Hakikat kekalahan PR dlm perjuangan menegakkan keadilan dan membasmi rasuah di Sarawak tidak kesampaian kerana perancangan manusia yang serba lemah dan dhaif berbanding dengan perancangan Allah.Bibit-bibit kemenangan dalam kekalahan ini mulai terserlah,tersingkap sedikit demi sedikit.Rakyat Sarawak pasti akan tersedar dan tersentak satu hari nanti setelah segala kekeyaan buni Sarawak terhakis semuanya.Di wakti kini mereka masih mamai dengan gula-gula dan masih separuh sedar kerana sedemikian rupa gerombolan menyisihkan mereka ke dalam dunia mereka sendiri.Terbelenggu dalam kemiskinanan dan kurang kesedaran akan fakta kebenaran kehidupan mereka yang terhimpit dan dihimpit.Rupanya 30 tahun masih lagi tidak dapat menyedarkan mereka sepenuhnya.
Adalah menjadi tugas yag amat getir kepada PR dan juga sebahagian rakyat Sarawak yang telah sedar agar terus berusaha membangkitkan dan menyedarkan semua kaum di Sarawak supaya tidak lagi mamai kerana termakan gula-gula gerombolan yang seumpama ganja pada mereka.Akan pastinya kekalahan dalam kemenangan ini membuka jalan dan minda kepada Rakyat Sarawak 5 tahun lagi agar gerombolan ini tersingkir seperti Mubarak di Mesir.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: