Muhasabah Sejenak

Oleh: noncent

PRN Sarawak yang telah berlalu menjadi indikator penting buat PAS khususnya dan PR amnya dalam merangka strategi baru dan terkini dalam menghadapi PRU13 akan datang.

Di masa DAP cemerlang di kawasan majoriti Cina, PKR menambah bilangan kerusi, PAS terus lesu di kawasan majoriti pengundi Melayu. Walaupun PAS memerintah 2 negeri di semenanjung, manakala PKR dan DAP hanya memiliki satu negeri, PAS dilihat masih gagal menarik minat pengundi melayu. Analisa dalam beberapa PRK di semenanjung di mana PAS bertanding dan terbaru PRN Sarawak menunjukkan kaum lain menyokong PAS manakala orang melayu menjauhkan diri dari PAS. Mengapakah orang melayu tidak tertarik kepada PAS yang telah memerintah dengan penuh amanah di kedah dan kelantan?

Orang Melayu masih meletakkan kepercayaan kepada UMNO dalam memperjuangkan nasib mereka dalam keadaan di mana PAS berjaya membuktikan begitu banyak pengkhianatan UMNO kepada bangsa melayu. (Orang Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur sedang menghitung nasib mereka) Mengapakah PAS masih gagal memecahkan khurafat hanya UMNO yang mampu membela nasib orang Melayu. Mengapa PAS dilihat oleh orang melayu tidak mampu menggantikan legasi UMNO dalam politik Malaysia. Adakah projek PAS ganti UMNO (PGU) akan menjadi realiti?

Sudah tentu ada sebab musabab perkara di atas terjadi. Think tank PAS harus bekerja keras mencari dan seterusnya menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut.

Ada beberapa sebab yang mungkin dapat diberi disini untuk dibahaskan. Antaranya :

1)  UMNO dilihat terlalu berjasa kepada orang Melayu. Penubuhan beberapa agensi berkait orang Melayu seperti FELDA, FELCRA,RISDA dsbnya, menyebabkan orang melayu sentiasa berasa terhutang budi kepada UMNO. Berbagai bentuk bantuan sentiasa diberikan dalam bentuk kewangan atau benda. Di sini JKM, Pusat Zakat, Yayasan Tokeh Besar digunakan. Lagi miskin orang melayu, lagi kuat dia menyokong UMNO kerana dia boleh mendapatkan berbagai bantuan menerusi UMNO cawangan atau bahagian. UMNO berjaya menanamkam rasa kebergantungan untungnasib orang melayu kepadanya. Hingga mereka merasakan tanpa UMNO, nasib mereka tidak akan terbela.

PAS berjaya membuktikan UMNO bukan hanya membantu tapi dalam masa yang sama turut menindas. Namun orang melayu tetap redha dengan UMNO. Kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah sejak merdeka, memberi banyak kelebihan dari segi ini. Pemerintahan PAS di kedah dan kelantan masih tidak menonjol dalam bab ini.

Ini tidak berlaku kepada orang cina yang sudah biasa berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Ini dibuktikan dengan bilangan orang cina yang bekerja dengan kerajaan dibandingkan bekerja sendiri. Ini menjadi budaya orang cina. Mereka tidak berasa terhutang budi kepada MCA apatah lagi UMNO. Budaya subsidi bukan budaya mereka.Ini menyebabkan pemikiran mereka lebih bebas berbanding orang melayu.

2) Kemenangan bergaya DAP di kawasan majoriti Cina dalam PRK atau PRN amat menakutkan orang melayu. Mereka merasakan hak ketuanan melayu tercabar dan perlu ada sebuah parti yang dapat mempertahankan ketuanan tersebut bagi mengimbangi kuasa politik orang cina. Sekali lagi UMNO menonjol dan PAS terkeluar dari senarai. Mengapa? Ini kerana UMNO dilihat oleh orang melayu lebih dominan di dalam BN. UMNO dilihat mempunyai kuasa dan kata putus dalam BN. Contohnya dalam isu PPSMI. UMNO yang mencadangkan dasar mee segera ini dan UMNO jugalah yang memansuhkannya.UMNO setakuk lebih tinggi dari parti lain di dalam BN.

Sebaliknya,PAS dilihat oleh orang melayu tidak mempunyai kekuatan seperti itu di dalam PR. PAS tidak dilihat dominan di dalam PR. Kedudukan PAS di dalam PR dilihat oleh orang melayu setaraf dengan DAP dan PKR. Maka mereka sangsi PAS mampu mempertahankan hak ketuanan melayu bila berdepan dengan tuntutan DAP yang dilihat semakin kuat dan berkuasa di kalangan orang cina. (BTN ada jasa besar dalam hal ini)

Pengisytiharan bersama PAS, DAP dan PKR dalam mempertahankan hak-hak orang melayu dan dalam masa yang sama membela nasib orang cina dan india mengesahkan ketidakyakinan orang melayu terhadap kemampuan PAS dalam membela orang melayu. Mereka mahu hanya hak mereka sahaja dibela. Manakala bangsa lain hanya akan mendapat sesuatu dengan ihsan orang melayu sahaja. Inilah definasi ketuanan melayu UMNO.

Kesimpulannya, banyak lagi kerja yang perlu dibuat jika PAS berhasrat untuk menggantikan UMNO. Isu rasuah, skandal, salah laku moral, penyalahgunaan kuasa bukanlah isu terpenting bagi orang melayu. Kadang kala mereka tidak faham angka jutaan ringgit dalam sesuatu isu rasuah. Bagi orang melayu, pemimpin rasuah yang boleh memenuhi kehendak dan keperluan mereka, lebih disukai berbanding pemimpin yang amanah tetapi tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.Maka PAS perlu mencari jawapan mengapa orang melayu masih tidak menyokong PAS. Apakah sebenarnya keutamaan politik orang melayu?

Perjuangan Saudara Mazlan Aliman dalam membela peneroka (fixed deposit UMNO) yang majoritinya melayu, perlu diberi perhatian dan menjadi antara keutamaan PAS. Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan perlu lebih menonjol terutama berkaitan hal-hal kebajikan rakyat. Peluang sementara yang diberi rakyat dua negeri ini perlu digunakan semaksimum mungkin sebelum UMNO berjaya meracun semula pemikiran orang melayu dengan soalan “Apa yang PAS buat untuk rakyat di Kedah dan Kelantan?” Wallahuaklam.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: