PAS ‘Menang Besar’ Di Sarawak!

Oleh Angkasanuri

Kalah tetap kalah, itu adat dalam bertanding. Walaupun hanya tewas dengan satu undi tetap juga kalah. Itu realiti dalam pilihanraya. Namun, untuk mengatakan bahawa PAS telah gagal sama sekali adalah satu analisis yang amat silap.

Cuba cari berapa banyak kerusi yang PAS tewas di Semenanjung di bawah 400 undi seperti di Beting Maro ? Malah tidak keterlaluan prestasi PAS di Sarawak jauh lebih baik berbanding keputusan yang diperolehi oleh PAS dalam pilihanraya kecil di Tenang, Galas dan Merlimau di Semenanjung .

Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1074 undi setelah tewas dengan majoriti 2934 undi. Demikian juga Tuan Hj Adam Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2276 majoriti undi.

Lebih menarik kemunculan sulung PAS di dua DUN yang selama ini dianggap kubu kuat BN iaitu DUN Muara Tuang, PAS meraih s 3196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7843 undi. DUN Tanjung Datu pula PAS meraih sebanyak 1002 undi setelah tewas dengan majoriti 3216 undi.

Apa yang paling jelas prestasi di tiga DUN yang ditandingi PAS di Sarawak menunjukkan peningkatan jumlah undi yang sangat memberangsangkan. Adakah pihak BN lupa bahawa PAS sepanjang pilihanraya  ini telah berjaya menubuhkan lebih 10 cawangan di Sarawak? Lebih membanggakan ribuan anak muda dan penduduk Sarawak menyerahkan borang keahlian PAS kepada pimpinan Pas dalam pilihanraya negeri ini.Semua ini bukti jelas menunjukkan bahawa PAS kini menjadi parti yang lebih universal dan terbuka berbanding dengan UMNO yang masih tidak mampu bertapak di Sarawak.

Penubuhan cawangan dan pertambahan ahli yang ketara sebenarnya merupakan kunci utama kepada PAS untuk menawan dan memenangi kerusi dalam pilihanraya. Inilah yang berlaku di negeri yang utuh dengan sinaran bulan Purnama seperti di Kedah, Kelantan dan Terangganu. Saya yakin jika ini dapat diterjemahkan oleh pimpinan, ahli dan penyokong PAS misi PAS ganti Umno akan dapat direalisasikan.

http://angkasanuri.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: