PAS, penduduk konsisten bantah roboh Pasti

Ahmad Danial
BUKIT KATIL, 18 April: PAS dan penduduk Kampung Bukit Katil konsisten membantah cadangan kerajaan untuk merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Jaya Insan, Kampung Bukit Katil.

Jumaat lalu, selepas solat kira-kira 300 penduduk setempat mengadakan bantahan aman di hadapan Masjid Bukit Katil dengan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan, Jauhar Dawi.

Penduduk membantah rancangan merobohkan Pasti tersebut kerana ia dibina di atas tanah wakaf yang diinfakkan oleh seorang dermawan untuk dibina pusat pendidikan tersebut yang telah dibina lebih dari 15 tahun dahulu.

Selain itu bantahan itu juga dilakukan kerana kerajaan mempunyai alternatif lain untuk dibuat jalan dan ianya lebih lurus dan selamat dari jalan yang dibuat di atas tapak Pasti terbabit.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari dalam ucapannya pada majlis bantahan itu berkata kerajaan negeri pimpinan Mohd Ali Rustam telah banyak kali melukakan hati umat Islam dengan mengambil tanah wakaf-wakaf dan dijual kepada orang bukan Islam.

“Kini mereka cuba pula mengambil tanah wakaf di Bukit Katil untuk tujuan membuat jalan, kita kesal kerana institusi yang dibina untuk mendidik anak bangsa hendak dikorbankan oleh kerajaan BN yang rakus dan jahat ini,” tegas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jauhar Dawi.

Sementara itu Jauhar dalam kenyataannya selepas majlis bantahan itu menyatakan Dewan Pemuda dan Badan Bertindak Membantah Cadangan Perobohan Surau dan Pasti Bukit Katil akan berjuang untuk mempertahankan kedua-dua institusi itu sehingga ianya dibatalkan oleh kerajaan BN.

“Kami konsisten untuk meneruskan bantahan ini sehingga kerajaan membatalkan niat jahat mereka ini.

“Memang ianya suatu yang tidak munasabah kerana terdapat tanah kosong yang tiada bangunan boleh dibuat jalan tidak jauh dari sini malahnya jalan yang dibina di atas tanah tersebut lebih lurus dan selamat,” katanya.

Jauhar berkata cadangan untuk merobohkan Pasti itu mempunyai niat jahat hanya kerana mereka dengki dengan sambutan rakyat dan program Pasti yang dijalankan di situ.

Sehingga ini, pihak berkenaan telah mengadakan bantahan sebanya 5 kali iaitu 4 kali di hadapan Masjid Bukit Katil dan sekali di hadapan Masjid Bukit Baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: