Pasai apa PAS boleh kalah di Dun Beting Maro

cenangau.blogspot.com

Kalau ada yang tanya aku pasai apa PAS kalah di Beting Maro, aku akan bagi jawapan ‘skima’ aku. “Calon PAS kalah pasai yang undi calon lawan lagi ramai dari yang undi calon PAS, pasai tu la kalah. Kalau lagi ramai yang undi dia tentu dia menang punya.”

Tentunya semua ahli dan penyokong PAS kecewa bila calon PAS kalah di semua Dun yang PAS tandingi di PRN Sarawak. Tambah kecewa bila PAS kalah di Dun Beting Maro yang memang peluang PAS untuk menang sangat cerah. Malah hampir semua orang yakin yang calon PAS akan menang di Dun Beting Maro.
Kalau tengok kepada majoriti yang calon BN dapat masa PRN 2006 dulu PAS memang ada peluang untuk menang. Bila tengok pulak keyakinan pemimpin PAS dan jugak ulasan dari media pro PR nampak macam PAS hampir pasti menang di Dun Beting Maro.

Persoalannya pasai apa lagi ramai yang undi calon BN dari undi calon PAS di Beting Maro?

Aku mulanya boleh terima bila tengok keputusan Dun Beting Maro, PAS kalah dengan majoriti cuma 391 undi sahaja, kira ok la dari majoriti 895 tinggal cuma 391. Tambah pulak bila tengok semua 35 calon PBB menang. Aku berpendapat majoriti rakyat Sarawak terutama sekali dari suku Melayu/Melanau mungkin masih sayangkan PBB dan Taib Mahmud.

Tapi bila tengok keputusan terperinci yang PAS Sarawak paparkan, aku jadi terkejut. Kalau ikut angka-angka yang dipaparkan, PAS tak sepatutnya kalah di Dun Beting Maro.

Kat bawah ni aku paparkan jadual yang aku dah edit supaya senang nak nampak, perbandingan antara keputusan PRN2011 dengan PRU12 tahun 2008.

Kalau tengok jadual tu prestasi PAS meningkat dengan begitu baik di semua saluran kecuali di Beladin dan Batang Maro. Walaupun PAS berjaya meningkatkan undi di saluran lain tapi undi PAS merosot teruk di pusat mengundi S.M.K. Beladin.

Nak bagi lagi senang nampak tengok jadual kat bawah ni. Perbandingan majoriti antara PRN 2011 dengan PRU12.

Saluran-saluran lain PAS berjaya bagi menang walaupun kalah masa PRU12 kecuali 2 saluran, tu pun ada peningkatan yang cukup baik. Macam di S.K. Tambak dari kalah 240 undi berubah jadi menang 260 undi, pertambahan 300 undi.

Tapi di Beladin boleh jadi ‘terpaling hanjap‘ pulak. Daripada menang masa PRU12 bertukar jadi kalah pulak masa PRN2011. Bukan sikit-sikit pulak tu. Banyak sangat undi PAS yang lari, sampai 579 undi. Undi BN pulak meningkat 884 undi.

Kalaulah PAS boleh kekalkan undi di Beladin, memang tentu punya calon PAS boleh menang. Kalau campur undi PAS di Beladin PRU12 dengan undi lain-lain saluran PRN2011, calon PAS boleh menang dengan majoriti lebih 700 undi.

Aku harap, PAS akan buat post-mortem terpeinci pasai ni. Macamana boleh jadi macam ni. Bukan nak cari salah sapa tapi PAS kena cari pasai apa benda macam ni boleh berlaku dan kena pastikan ianya tak berulang lagi masa PRU13 nanti.

Macamana kawasan yang dah jadi macam “kubu PAS” masa PRU12 boleh terlepas kepada BN.

Mungkinkah faktor pengumuman Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri bagi kesan yang sangat besar di Beladin. Ataupun BN sungguh-sungguh “buat kerja” di Beladin sampai dapat swing gila-gila macam tu.

Apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada BN pasai berjaya menafikan kemenangan PAS, menafikan peluang PAS untuk ada “anak sulung” di Dun Sarawak dengan kerja buat depa di Beladin.

Apa pun, aku harap PAS Pusat lantik calon PAS yang kalah tu sebagai Penyelia Dun dan ujudkan Pusat Khidmat kat Beting Maro macam yang aku cadangkan dalam posting aku sebelum ni kat sini.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/04/pasai-apa-pas-boleh-kalah-di-dun-beting.html#ixzz1JqACX5oK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: