Penyokong PAS tidak perlu murung dengan Sarawak

Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 18 April: Para ahli dan penyokong PAS tidak perlu murung dengan kegagalan parti mereka mendapat sebarang kerusi di Sarawak kerana pilihan raya ini telah membuka satu lembaran baru untuk parti Islam itu di bumi Kenyalang.

Exco kerajaan negeri Kedah yang juga Yang Dipertua PAS Jerlun, Ustaz Abdul Ghani Ahmad (gambar) menyifatkan kegagalan PAS  memperolehi sebarang kerusi di Pilihanraya Sarawak pada 16 April lalu bukan bermakna PAS lemah.

Tidak dinafikan sebelum ini PAS jarang bertandang di negeri tersebut tetapi menerusi Pilihanraya Sarawak PAS berjaya memaparkan aktiviti dan perjuangan yang bagi masyarakat di sana terlalu baru ekoran sudah terpahat lama pengaruh Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud.

“Bagi saya PAS berjaya di sana untuk membuka lembaran baru.  Maklumlah ia merupakan benda baru setelah lama terpahat pengaruh Taib Mahmud, ” jelasnya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS Permatang Pauh kali ke 34 di Dewan Haji Yusuf Rawa, Sama Gagah, Permatang Pauh semalam.

Justeru itu menjadi pengajaran bagi semua pimpinan PAS agar rajin turun padang melawat terutamanya Sabah dan Sarawak sebab di sana pengaruh PAS terlalu kecil.

Walaupun PAS berjaya menubuhkan beberapa cawangan baru namun masih belum mencukupi untuk menguasai beberapa kampung tradisi menyokong Barisan Nasional (BN) tambahan lagi kawasan yang ramai diduduki oleh masyarakat Melayu berbanding Iban dan Cina.

“Masyarakat Melayu masih tidak celik berbanding masyarakat Cina termasuk Iban yang lebih matang berpolitik.  Bila sesuatu isu terpampang di TV mereka terus terima tanpa berfikir panjang, ” terangnya.

Jentera PAS sendiri tambahnya, usah murung dengan kekalahan tersebut sebaliknya kena perkuatkan semangat di samping berkeyakinan tinggi ia adalah sebahagian daripada kerja dakwah seiring dengan konsep PAS sendiri yang berperanan dua hala iaitu politik dan dakwah.

“Nyata kita kalah dari segi politik tetapi kita menang dari segi dakwah yang selama ini tidak sampai ke serata pelusuk kampung yang rata-ratanya masih terawang-awang keislamanya,” katanya.

Kekalahan PAS di Beting Maro dengan hanya 400 undi, di Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu bukan tugasan terakhir PAS tetapi itu adalah jalan pembukaan kepada peranan PAS di masa depan, katanya.

Sekaligus memberikan daya saing kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat agar menyusun jentera ke arah yang lebih terurus khasnya pada pilihanraya umum ke 13 nanti, tambah beliau.

Di Semenanjung PAS mesti memaparkan kecemerlangan kerana pengaruh PAS kuat setelah membuktikan kejayaan pada pilihanraya ke 10 lalu.

“Menjadi tanggungjawab kita semua menyatukan hati untuk bekerja dalam satu saf kepimpinan bukan mencari perpecahan yang nanti memberi ruang untuk musuh masuk merosakan perpaduan yang termeteri atas nama Islam, ” tegasnya dalam mesyuarat PAS Permatang Pauh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: