Perkembangan yang baik kepada PAS

Nazri Abdullah
BETING MARO, 18 April: Bekas calon PAS di Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus tetap akan berkhidmat kepada masyarakat di Dun itu biarpun tewas tipis pada pilihan raya Sarawak 16 April lalu.

Beliau yang akur dengan keputusan rakyat itu, tetap mahu mencurah bakti kepada masyarakat di sini malah yakin keputusan kali ini hanya permulaan buat dirinya.

“Kita akur dengan pilihan rakyat. Mungkin di sana ada beberapa strategi lagi yang kita perkemaskan untuk akan datang.

“Apapun terima kasih kepada rakyat yang telah menyokong saya sebagai calon PAS di sini,” katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Abang Ahmad tewas dengan majoriti 391 undi kepada BN yang diwakili Razaili Gapor.

Beliau mendapat 2,678 undi berbanding Razaili 3,069.

Pada pilihan raya 2006 lalu, PAS tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Mengulas peningkatan undi yang diterima PAS, Abang Ahmad berkata, ianya satu perkembangan baik kepada PAS untuk terus menjalankan tugas dakwah kepada rakyat di sini.

PAS menang di beberapa unit peti undi termasuk Pusa dan Muton, manakala tewas di Beladin, Kalok, Semariang dan Batang Maro.

“Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada jentera PAS dari Kelantan, Negeri Sembilan yang banyak membantu saya.

“Kita akan perbaiki kelemahan kita untuk pilihan raya akan datang,” katanya.

Keseluruhannya, pilihan raya Sarawak ke 10 menyaksikan BN mendapat 55 kerusi, Pakatan Rakyat 15 manakala 1 wakil Bebas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: