PRU13 pada ’20.11.2011??

| Selepas berakhirnya pilihan raya negeri Sarawak ke-10 semalam, khalayak mula meramalkan masa pilihan raya umum ke-13.

Ramalan penting ini ketika Barisan Nasional mengekalkan dominasi di Sarawak dengan 55 kerusi. Pakatan Rakyat pula menenangi 15 kerusi manakala kerusi tunggal dirangkol oleh wakil rakyat BEBAS.

Selain Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ramalan kaum pelabur dan kaki judi tentunya ditunggu-tunggu kerana dipercayai hampir pada tarikh sebenar yang dirancang pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Malaysian Inider hari ini melaporkan, OSK Research kekal meramalkan pilihan raya umum akan diadakan akhir tahun ini berdasarkan prestasi memberansangkan di kawasan-kawasan yang Barisan Nasional kalak pada pilihan raya umum empat tahun lalu; yang sekaligus menarik minat kaum pelabur dalam dunia pasaran saham.

“Dengan BN kekal kuat dalam kuasa di Sarawak, kami terus menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan (pada) akhir (tahun) 2011,” jelas OSK dalam laporan strateginya hari ini.

Tidak cukup dengan itu, badan penyelidik pasaran saham antatabangsa itu turut meramalkan Barisan Nasional akan kembali mendapat sokongam majoriti rakyat; tidak seperti musim “Thunami Politik” menjelang pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.

“Kami juga terus mempertahankan pandangan kami bahawa pilihan raya umum harus menyaksikan pergerakan sentimen di Semenanjung Malaysia kembali pada BN.”

Ramalan terbaru itu melengkapkan ramalan paling panas sebelum ini, iaitu tarikh buang undi bagi PRU13 jatuh pada hari Ahad, 20 November 2011 (baca: 2011 2011) yang menjadi tarikh sasaran operasi pilihan raya di Jabatan Perdana Menteri.

Najib, menurut sumber Jabatan Perdana Menteri (JPM) acapkali menyebut tarikh “2011 2011? yang menggambarkan beliau selesa dengan tarikh itu ketika bercakap mengenai pilihan raya umum.

Mengambil kira 10 hari berkempen, bermakna tarikh berkempen bermula pada Jumaat, 11 November 2011.

Ditambah dengan cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia supaya semua proses pemeriksaan diselesaikan sebelum November 2011; seakan melengkapkan ramalan terbaru tersebut.

Sejauhmana ramalan PRU13 jatuh pada tanggal “20.11.2011?, Sama-sama kita nantikan!

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob
Lap.Terbang Antarabangsa Kuching | 2:45 petang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: