Kemenangan BN Di Sarawak Semasa Pilihan Raya Negeri Baru-Baru Ini Bukanlah Bermakna Mereka Itu Terlalu Kuat Untuk Ditewaskan Pembangkang

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, telah menyebabkann ramai penyokong mereka seolah-olah “hilang akal” dan “tidak keruan”. Ini kerana mereka terkejut dalam keadaan Ketua Menetri Taib Mahmud yang secara jelas sudah ditolak rakyat itu pun BN boleh menang majoriti dua pertiga di DUN Sarawak. Bagi mereka pembangkang telah “bungkus” dan tidak layak untuk mewakili rakyat Sarawak. Soalnya sekarang, apakah mereka boleh bergembira buat selamanya?. Kemenangan BN yang penuh dengan penyelewengan, rasuah dan korupsi ini dianggap satu ketentuan Allah oleh penyokong fanatik mereka. Kononnya, pembangkang terutamanya PKR dan PAS tidak diterima rakyat Sarawak kerana ia sudah ketentuan Illahi. Kononnya hanya BN sahaja parti yang layak memerintah Sarawak kerana pemimpin BN telah membuktikan mereka berjaya membangunkan negeri itu sejak sekian lama. Namun, sedarkah mereka bahawa BN sebenarnya tewas dihati rakyat dan hanya menang dimata penyokong mereka. Buktinya, mereka kehilangan lapan kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Malah, Timbalan Ketua Menteri, George Chan yang juga Presiden SUPP salah satu komponen BN di sana juga tewas kepada calon pembangkang. Paling menarik, kemenangan DAP merampas semua kerusi DUN di parlimen Kuching bermakna ibu negeri Sarawak kini sudah pun berada di genggaman parti pembangkang.

[Malah, kemenangan besar melebihi lapan ribu undi dikebanyakan kerusi membuktikan BN sebenarnya yang tidak relevan lagi di Sarawak. Biar pun PKR ditempelak kerana hanya menang tiga dari 49 kerusi yang ditandingi, namun mereka harus sedar parti itu berjaya menghantar Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian untuk masuk ke DUN Sarawak selepas ini. Bukankah ini petanda yang pengaruh pembangkang sudah mula menyelinap masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak itu sendiri. daripada hanya lapan kerusi kini sudah bertambah kepada 15 kerusi. Ini satu prestasi yang cukup bagus dan memberangsangkan. Sementara itu, parti PAS biar pun gagal menang di kesemua kerusi yang mereka tandingi namun ia boleh dilihat sebagai langkah awal untuk PAS melebarkan sayap mereka ke Bumi Kenyalang itu. Undi yang diperolehi oleh calon PAS juga agak memeranjatkan, cuma mungkin rezeki belum ada buat mereka. Itu pun, belum termasuk lagi dengan “taktir kotor” yang digunakan oleh puak BN sepanjang tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: