Antara murid gemuk dan kurang zat

Bazli Yaakub
Saya amat tertarik dengan laporan akhbar mengenai langkah kerajaan untuk mamasukan BMI dalam buku rekod murid-murid. Pengendali kantin sekolah juga tidak dibenarkan menjual makanan dan minuman yang boleh menjurus kepada masalah  tersebut. Gemuk, adalah alasan untuk semua itu dipraktikan di sekolah.

Pada pandangan saya, sebenarnya murid sekolah atau secara umumnya  kanak kanak Malaysia sekarang ini lebih serius menghadapi masalah kekurangan zat makanan daripada masalah kegemukan. Mudah dan senang difahami,  lihat sahaja pada murid tahun satu. Saiz badan meraka sekarang berbanding saiz badan seusia meraka pada 10 atau 20 tahun lepas. BMI mungkin susah difahami oleh sesetengah pihak, tetapi formula paling mudah ialah bandingkan berat beg sekolah dengan berat badan murid tersebut.

Bagi saya pencetus idea ini mengambil contoh daripada negara negara sejuk disebelah barat yang mana kebanyakan kanak kanak mereka terlebih berat badan.  Kanak-kanak kita di Malaysia sekarang menghadapi berat dan saiz yang semakin mengecil.

Pada pendapat saya lagi, dengan melaksanakan program ini sudah tentulah alat penimbang harus dibekalkan kepada setiap sekolah. Banyak duit kita harus dibelanjakan dan sudah pasti ada temolok yang akan kenyang. Fikirlah dan bertindak mengikut keperluan setempat dan haruslah tiada agenda lain di sebalik program tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: