Wan Ahmad hanya celik kempen pembangkang

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 April: PAS kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihan raya negeri Sarawak, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.

Katanya, Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional dalam mengendalikan pilihan raya.

“Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai pada hari pembuangan undi,” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau turut mempersoalkan adakah Wan Ahmad buta maklumat bagaimana media yang dikuasai oleh BN melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan memutar belitkan dan melaga-lagakan kenyataan dalam media perdana.

“Kenapa beliau membisu seribu bahasa terhadap perkara ini?” tanya beliau lagi.

Menurutnya, PAS tidak pernah mendengar kenyataan yang keluar daripada beliau menegur pihak BN yang banyak melanggar tatasusila pilihan raya.

Tambahnya, Wan Ahmad hanya bersuara ketika parti anutannya dibelasah oleh PR.

“Orang seperti Wan Ahmad inilah yang paling takut menghadapi pilihan raya kerana bimbang  talian hayat  beliau akan tamat jika BN kecundang,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: