Kalau Hadi nak ditukar, siap yang boleh ganti? Prof Aziz Bari ?

Oleh: senik

“‘Assalamualaikum.,,,,’
Nampaknya bedah siasat terhadap keputusan PRN Serawak masih berjalan sehingga ke tahap menyalahkan Presiden PAS.Seorang Profesor yang bernama profesor Aziz Bari menuding jari kepada Presiden PAS sebagai liabiliti kepada PR serta mendakwa TGHA gagal meneruskan apa yang ditinggalkan oleh arwan ustaz Fadhil Noor serta mendakwa ada ahli PAS(siapa mereka ini kalau betul?) mahukan presiden diganti.Tetapi tidak pula diberi alternatif nama orang yang layak menggantikan TGHA.

Jadi timbul persoalan siapa yang patut menjadi penggati TGHH?Mungkinkah prof Aziz Bari?Logiknya begitu kerana hukum dalam mengkritik ialah memberikan alternatif kepada kritikan itu.Sekiranya kritikan yang dilemparkan tetapi tiada alternatif diberikan, maka orang akan kata sembang ajer lebih dan sudah tentu ini bukan standard seorang profesor.

Profesor Aziz mungkin boleh mendakwa, Presiden PAS boleh dikritik, ya benar boleh dikritik tetapi bukan standard kritik yang hanya menuduh tetapi tiada alternatif yang menyakinkan diberikan.

Tetapi agak pelik juga apabila cuba memahami maksud sebenar Profesor Aziz Bari yang mengeluarkan dakwaan sedemikian rupa.Profesor Aziz Bari seolah orang lupa sejarah.Arwah ustaz Fahdil merintis jalan kerjasama parti parti pembangkang tetapi orang yang melahirkan PR ialah TGHH, bukan DSAI dan bukan LKS.

Bagaimana Profesor Aziz boleh lupa fakta ini ketika mendakwa sebegitu rupa semata mata kerana Kerana PAS kalah di Serawak?walhal ini bukan kali pertama PAS kalah di Serawak dan PAS tidak kuat di sana seperti DAP dan PKR.Ada kawasan yang diberikan kepada PAS untuk bertanding sedangkan PAS langsung tidak ada cawangan di situ sehingga PAS menghadapi kesukaran termasuk untuk memilih calon.PAS mungkin boleh menang di Beting Maro, tetapi sedarkah kalau kemenangan dicapai sekalipun, jentera PAS tetap masih ditahap merangkak di situ.Kekurangan cawangan PAS di Serawak bukan salah Presiden tetapi merupakan satu permasalahan yang patut diambil tanggungjawab oleh seluruh ahli parti dan ini bukanlah liabiiti kepada PR sebaliknya merupakan ruang yang dibuka untuk PAS terus berkembang di Serawak.Ruang yang tidak langsung diperolehi oleh PAS sebelum ini.

Bagaimana Profesor Aziz Bari boleh menuduh seorang yang telah menyebabkan PR maju sejauh ini?Profesor jenis apa kah ini?Jenis mudah lupa seperti dimaksudkan oleh Tun Mahadir?

Prof Aziz Bari mungkin ingin menumpang pupolariti PR sedangkan di mana Profesor Aziz Bari sewaktu TGHH bersam DSAI dan LKS diserang hebat ketika ingin menyatukan parti parti yang terbabit?Apakah Profesor Aziz Bari bersama sama berusaha melahirkan PR?

Dari pengamatan penulis, yang menjadi liabiliti kepada PR sebenarnya profesor Aziz Bari dan orang orang yang sekepalanya.Penulis dapat merasakan kritikan profesor Aziz bari bukanlah kritikan yang ikhlas kerana kalau benar  beliau ikhlas sudah tentu beliau menamakan orang yang layak menggantikan TGHH dan beliau pasti tidak akan lupa peranan besar TGHH dalam melahirkan  PR.

Atau barangkali profesor Aziz Bari mahu memberitahu ahli PAS bahawa beliau orang yang paling layak menggantikan presiden PAS dan kalau benar ada ahli PAS yang  yang meluahkan perasaan mereka kepada Profesor Aziz Bari, mereka tidak layak untuk bersama PAS lagi kecuali Profesor Aziz yang jadi presidennya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: