PAS cadang sekolah agama berasrama penuh di Felda

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 21 April: Isu-isu berkaitan warga Felda yang sering menjadi perbahasan di Dewan Rakyat turut menjadi perhatian ahli Dewan Negara.

Semalam, Senator Mumtaz Md. Nawi dari PAS mencadangkan kerajaan agar membina sekolah menengah agama berasrama penuh di kawasan-kawasan Felda.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan berkata,ianya bagi memastikan pencapaian anak-anak Felda dapat dipantau secara spesifik.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk menubuhkan Universiti Felda.

Mumtaz mengemukakan soalan tambahan itu berdasarkan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan bahawa daripada 317 kawasan rancangan Felda, terdapat 260 buah masjid dan 261 buah sekolah agama dan kawasan-kawasan gugusan berkongsi masjid dan sekolah agama.

Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti cadangan Mumtaz itu selain memikirkan perkara-perkara lain.

Semalam, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan menayangkan montaj penubuhan Universiti Felda dalam himpunan besar-besaran warga Felda pada  28 Mei ini.

Mumtaz dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menjelaskan kaedah pemantauan yang dilaksanakan ke atas keberkesanan pendidikan formal dan tidak formal di Felda ekoran peningkatan masalah sosial di kalangan generasi mudanya.

Beliau juga meminta Perdana Menteri menyatakan pelan tindakan kerajaan dalam memberikan pendidikan pembangunan insan khususnya pendidikan agama secara formal kepada masyarakat Felda.

Di Dewan Rakyat Disember tahun lalu, Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) mendakwa masih ramai belia Felda yang gagal ke menara gading dan terlibat dengan masalah sosial.

Nasir sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan berkata,sebanyak enam peratus sahaja daripada anak Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: