PAS yakin rakyat Sarawak boleh berubah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin, rakyat Sarawak khususnya di kawasan pedalaman juga boleh berubah pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, perkara itu tidak mustahil kerana PAS punya pengalaman membina pengaruh dan sokongan di termasuk di negeri yang menjadi kubu kuat BN di Semenanjung.

Tinggal lagi katanya, strategi dan cara operasi oleh jentera PAS perlu betul.

“Saya yakin dan percaya bahawa Sarawak boleh berubah sebagaimana kita berjaya merubah kawasan yang pekat dengan pengaruh Umno BN di Semenanjung.

“Syaratnya, jentera PAS perlu beroperasi secara sistematik dan mengamalkan strategi yang baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai mengulas keputusan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu yang menyaksikan PAS tewas di kelima-lima kerusi yang di tandingi.

Pada pilihan raya itu, PAS bertanding di Dun Beting Maro, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Tanjung Datu.

Biarpun tewas, sokongan terhadap parti itu dilihat memberangsangkan berbanding pilihan raya 2006 lalu.

Mengulas keputusan itu juga, Tuan Guru Abdul Hadi sebelum ini berkata beliau mahu seluruh jentera PAS di semua peringkat bermuhasabah dan merangka penambahbaikan terhadap strategi yang diamalkan.

Katanya, biarpun tewas, anggota dan jentera parti tidak seharusnya merasa lemah kerana perjalanan ini masih panjang.

Keputusan pilihan raya Sarawak lalu menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 15 Dun iaitu 12 dari DAP dan 3 PKR.

Manakala BN mendapat 55 kerusi dan Bebas 1 kerusi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: