Anwar sakit belakang tapi ‘dirawat di ICU Azizah’

April 22, 2011

Anwar terpaksa membatalkan lawatannya ke Pulau Pinang selama dua hari kerana beliau mengalami sakit belakang.

KUALA LUMPUR, 22 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mengalami sakit belakang sehingga terpaksa membatalkan lawatan ke Pulau Pinang berkata, beliau tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), sebaliknya “hanya ICU jagaan” Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Alhamdulillah kesihatan terkawal — belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah. Insya-Allah akan terus dengan jadual ke PK (Sabtu); Kuching (Ahad),” kata Anwar dalam mesej Twitternya.

Dr Wan Azizah juga merupakan Presiden PKR.

Ketua Umum Pakatan Rakyat sepatutnya berada di Pulau Pinang selama dua hari tetapi dibatalkan kerana dilaporkan mengalami sakit belakang.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berada di luar negara sejak Sabtu lalu setelah berkempen di Sarawak hampir dua minggu sempena pilihan raya negeri Sarawak.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menggantikan Anwar menghadiri majlis yang diaturkan di Pulau Pinang.

Dalam mesej yang lain, Anwar berkata, “esok ceramah di Teluk Rubiah 9 malam, sakit tulang belakang … tak ‘comfirm’ lagi kot.”

Anwar menghadiri lawatan ke luar negara sebaik sahaja kempen pilihan raya negeri berakhir Jumaat lalu.

One Response

  1. Friday, April 22, 2011
    MEREKA TELAH MENEMUI JALAN YANG LURUS, ANDA BILA LAGI
    PASIR PUTEH 21 April – Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

    Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.

    “Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi ‘kuda kayu’ tunggangan Pas buat selamanya. “Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk,” dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.

    Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.
    “Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.
    “Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar,” dakwanya.

    Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.
    “Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara. “Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa-apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.

    “Tapi kalau tengok kepada wakil-wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah-mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas,” dakwanya.

    Sumber :Utusan Malaysia
    Posted by Melayu Pasir Gudang at 10:51:00 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: