Jerangkap Samar 1

Oleh: smart

Kalau diperhatikan media pada hari ini, didapati serangan terhadap PR begitu ghairah sekali. Namun, serangan itu merupakan serangan peluru buah pisang masak. Nampaknya sahaja keras tapi lembik. Serangan itu dibuat bagi menutup isu-isu rakyat. Serangan itu dibuat dari pelbagai penjuru dan diadakan penyebabnya.

Namun, rakyat sedia maklum . Serangan yang dibuat oleh pihak UMNO-BN umpama tembakan meriam buluh. Silap-silap gaya boleh memusnahkan diri sendiri. Rakyat macam dah lali dengan perangai pejuang-pejuang kebenaran kononnya. Apa tah lagi dengan kumpulan Songkok Tinggi, “The Babarian’s At The Gate’ dan baru-baru ini dengan group (dengan izin) Datok T.

Betul, nampaknya mereka semuanya macam nakal budak-budak. Budak-budak yang tidak makan saman kata orang tua-tua. Tetapi ingat, ketuanya UMNO-BN dengan sayap SBnya telah memasang jerangkap samar di dalam parti-parti komponen PR. Sayap-sayapnya ini umpama semut yang melata di mana-mana sahaja untuk mencari manisan. Dia akan cari apa-apa sahaja kelemahan yang ada di dalam parti-parti komponen PR untuk menjalankan jarumnya.

Sayap-sayap ini, nampak begitu berani bersuara, agresif dan aktif dalam parti berkenaan. Dia akan cuba menjadikan dirinya boleh dipercayai dan sentiasa dipercayai dalam apa-apa tindakannya. Lebih malang lagi, jika dia menjadi harapan kepada parti berkenaan di peringkat kawasan.

Bukanlah saya bertujuan untuk mewujudkan prasangka di kalang ahli. Cuma saya ingin ingatkan agar teliti. Bukan setakat berhati-hati. Cuma, buat penilaian secara peribadi terhadap individu yang tidak tahu punca pendapatannya. Hal ini tak perlu bising-bising cuma perhatikan sahaja. Sebab kalau bising-bising nanti sendiri yang kena. “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: