Kes Ahmad Sarbani: Siasatan Polis Tidak Lengkap. Kemalangan Kerana Apa?

 Cedera Parah Di Kepala Punca Kematian Ahmad Sarbani

KUALA LUMPUR: Polis merumuskan kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah (gambar) berkata, penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia sebelum membuat kesimpulan berkenaan dan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) itu telah langkap.

Beliau memberitahu, kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu hadapan.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya merka hendak mengambil tindakan lanjut.

“Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di sini.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman hari ini Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak melibatkan diri dalam salahlaku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

“Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, penglibatan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial,” katanya.

Beliau berkata statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lepas dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu Mohd Adenan berkata cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya adalah sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin, oleh itu penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang berdisiplin. – BERNAMA

Ulasan GB

Ia memang sudah dijangka dan polis sejak dari hari pertama kejadian “sudah pun” membuat rumusan sedemikian.

Laporan yang dikatakan telah lengkap itu sebenarnya tidak lengkap. Tidak komprehensif. Ia mengulangi siasatan polis di dalam kes Teoh Beng Hock.

Ahmad Sarbani dikatakan “mati kemalangan”. Tergantung. Kemalangan disebabkan apa? Tanpa sebab?

Apakah kerana tergelincir? Terjun sendiri? Ditolak? Dicampak? Itu semua kena ada di dalam kertas siasatan. Sekarang NIL.

Inkues dan Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan lagi. Sebab polis tidak lengkapkan siasatan. Kerana apa? Macam dalam kes Teohlah jugak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: