PENIPUAN SIBER BN!

This post is also available in: English, Iban

PENIPUAN SIBER BN!

Sebagaimana kita semua tahu, seseorang penipu bukanlah seorang yang handal dan hebat. Dia juga seorang yang pemalas dan maruahnya amatlah rendah. Akhirnya – dia tidak akan menonjol dan pastinya akan gagal. Si penipu akan sentiasa mendampingi dan berusaha meniru orang yang paling dia gemari dan sanjungi dan orang yang dia ketahui lebih hebat darinya. Para penandanya dapat mengesan ketika mereka masih berada jauh lagi.

Kini BN menggunakan penipuan siber yang tidak akan memberikan apa-apa impak ke atas para pengundi yang telah meninggalkan mereka!

BN kini kelihatan telah menyedari bahawa mereka sedang mengalami masalah akibat kebanjiran maklumat mengenai kegiatan mereka menjelang akhir tahun lalu. Dengan adanya internet mereka terpaksa bekerja lebih keras setelah mereka merasa selesa mengawal media-media cetak dan elektronik (bentuk penipuan mereka selama ini adalah dengan mengawal media cetak). Kini mereka menghadapi masalah dan kesukaran membidas tuduhan-tuduhan ke atas kekayaan haram berbukti Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud

Pada mulanya mereka telah mendiamkan diri. Namun setelah buah mulut bertukar menjadi rungutan yang semakin bising, maka mereka terpaksa melakukan sesuatu untuk menghalangnya. Malah Perdana Menteri Najib Razak pernah didengar sebagai mengingatkan Ketua Menteri jika beliau gagal “memenangi perang siber” beliau berkemungkinan akan tumpas dalam pilihanraya! Ianya telah mendesak BN untuk mengatur beberapa langkah untuk perang siber, namun mereka telah mengupah beberapa orang untuk melakukannya untuk mereka. Pada saat ini, sudah begitu terlambat untuk mereka. Sejak pertengahan bulan Mac dan kini beberapa hari lagi menjelang pilihanraya dilaksanakan, BN Sarawak kelihatan kelam kabut menyusun tindakbalas mereka, dengan mewujudkan pelbagai laman web, yang hanya dilihat seolah-olah membesar-besarkan lagi rasuah yang telah menjadikan mereka kaya.

Taktik-taktik kotor BN

Maka, apakah pendekatan perang mereka di mana mereka telah kelihatan tumpas akibat keangkuhan mereka? Bagaimanakah cara mereka menyembunyikan semua maklumat yang didedahkan kepada umum dan telah sebati dalam minda kebanyakan rakyat?

Apa yang telah BN pertaruhkan adalah wang, iaitu sesuatu yang mereka sering anggap sebagai penyelesai kepada semua masalah. Maka mereka juga telah menggunakan banyak wang dalam “perang siber”. Justeru, jawapan mereka kepada persoalan-persoalan yang diterbitkan dalam Sarawak Report adalah tumbuhnya berpuluh-puluh laman web bagaikan tumbuh selepas hujan, yang dikendalikan oleh Ketua Penerangan Pemuda PBB, Abdul Aziz bin Tan Sri Adenan. Bapa Aziz, Adenan Satem adalah Ketua Penerangan PBB. Maka si budak Aziz adalah anak saudara Taib Mahmud.

Kesemua laman web yang dibuat adalah sama seperti akhbar Borneo Post dan adalah amat membosankan di segi kandungan yang hanya mengetengahkan propaganda BN pada setiap liputannya. Tetapi, usaha kebanggaan Abdul Aziz adalah laman web rekaannya yang dikenali sebagai Sarawak ReportS. Bak kata orang, ‘peniruan adalah suatu bentuk pengampuan yang ikhlas, maka, seperti yang kita tahu bahawa budak Aziz mengganggap laman web kita adalah suatu kejayaan dan dengan itu dia ingin juga mengharapkan pelawat datang mengunjungi laman webnya dan mempercayai bahawa mereka sedang berkunjung ke laman web kita.

Cubaan meniru laman web kita sebenarnya adalah taktik yang amat popular di kalangan pemasar tiruan. Mereka berharap agar seseorang yang ingin mencari, misalnya sebuah mesin pembasuh, akan menggunakan enjin pencarian untuk mencari laman web yang bereputasi tetapi akan terserempak dengan laman web replika sahaja.

Malangnya kerja keras si budak Aziz membina Sarawak ReportS, kerana pembaca ingin mencari bahan-bahan berita yang serupa, pengunjung setia kita yang terserempak dengannya akan dengan cepat menyedari bahawa mereka disajikan dengan propaganda dan pembohongan BN yang ketara – bukannya yang mereka kehendaki. Uekk!

Namun, BN telah secara berterusan membelanjakan wang ke atas kerja-kerja ini. Setelah mereka gagal dengan taktik pengklonan laman kita, mereka seterusnya membayar perkhidmatan iklan untuk mendapatkan bahagian teratas dalam enjin pencarian Google bagi mengatasi laman kita, Sarawak Report. Justeru dengan cara ini mereka dikenakan bayaran untuk setiap lawatan pengunjung mereka, tapi kita tak kisah sangat.

Dalam usaha mereka menyembunyikan penglibatan mereka pada laman web mereka itu, mereka telah mengupah seorang yang bernama Todd Ash dari Easy Internet Marketing di Scottsdale, Arizona, USA (yang juga merupakan pangkalan kepada Sterling Pacific, syarikat hartanah yang mempunyai kaitan dengan syarikat gergasi Samling dan Taib).

Promosi mengenai kerja-kerjanya boleh menjelaskan siapakah Todd Ash sebenarnya, yang gemar menggelarkan dirinya sebagai “jutawan” dan sering mengancam sebarang kritikan terhadap skim-skim cepat kayanya, termasuk penggunaan air sebagai pengganti petrol hingga ke pasaran berangkai.

Sila lihat pada http://toddash.com/

Bersiap-sedia untuk berperang

Nampaknya kesemua cubaan penipuan yang BN lakukan itu telah menemui kegagalan. Sungguh memeranjatkan! Sementara laman kita, Sarawak Report telah dikunjungi (hits) bilangan pembaca yang di luar dugaan kita sejak beberapa bulan yang lalu, namun, laman web binaan si budak Abdul Aziz telah menerima bilangan kunjungan yang menyedihkan dengan memaparkan sekerat komen (yang, jika adapun, mereka tidak berani nak paparkan untuk bacaan umum).

Kini, pada minggu terakhir kempen pilihanraya umum Sarawak, BN telah menyerang kita secara habis-habisan dengan menggunakan opsyen penipuan yang lebih mahal, yang mereka harapkan dapat memusnahkan kita! Sejak beberapa minggu yang lalu Sarawak Report telah mengalami beberapa gangguan, yang menghalang akses-akses kepada laman kita. Sejak lebih 24 jam yang lalu, serang terhadap kita telah mereka tingkatkan.

Menurut pengesahan dari syarikat server kita, BN telah menggunakan serangan yang dikenali sebagai “Distributed Denial of Service Attack” (DDOS), di mana pihak penyerang mengupah robot-robot untuk menyuntikkan serpihan-serpihan software ke atas server kita dengan tujuan untuk menghentikannya sama sekali. Keadah ini juga telah digunakan untuk menyerang laman Wiki leaks.

Serangan seperti ini hanya mampu menghentikan perkhidmatan sesebuah laman selama beberapa jam sahaja, dan dalam pada itu si mangsa masih sempat berpindah ke tempat lain, namun taktik serangan itu adalah mirip kepada pemberontakan si bayi! Kesian kamu, BN, usahlah menangis lagi. Apabila kamu menjadi semakin dewasa dan berhadapan dengan demokrasi yang sebenarnya, kamu juga akan merasakan perlunya kita bermain secara adil dan membidas hujahan lawan dengan hujahan juga, bukan menggunakan kekerasan dan bersifat kebudah-budakan. Dalam usaha untuk mengembalikan maruah diri, pihak penyerang telah juga membelanjakan wang yang banyak dengan menghantar SMS untuk mengingatkan orang ramai untuk berkunjung ke laman mereka!

Matlamat-matlamat diri

Sementara itui, pasukan Sarawak Report mengaku telah terhibur dengan gelagat dan telatah bala tentera-siber BN beberapa minggu yang lalu. Matlmat diri mereka telah juga memanfaatkan matlamat diri pihak penaja mereka.

Kita tahu bahawa isu-isu yang berkisar pada pilihanraya Sarawak adalah suatu impak yang besar kepada masa depan generasi kemudian hari, tetapi dalam kita berusaha bersungguh-sungguh dan serius melakukan sesuatu, adakalanya kita beroleh pengalaman yang baru dan berasa terhibur.

One Response

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan…tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh….! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka…! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal….sebuah negara Islam yang berdaulat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: