Polis hapus sistem perangkap kelajuan, kata timbalan IGP

TERKINI @ 07:52:35 PM 23-04-2011
April 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman.

“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

“Jangan terkejut bila kena saman… kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Mengenai usaha PDRM membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterisme dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya.

Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Usah layan lelaki Afrika di Facebook

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi ‘keldai dadah’.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.

“Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.

“Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.

Nasi lemak bukan punca obesiti

KEGAGALAN ibu bapa mendidik anak-anak mengenai pengambilan makanan yang betul menjadi punca anak-anak mereka mengalami obesiti. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .

“Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

“Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.

“Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat – Mulakan Awal di sini semalam.

Pemberontak makin kukuh di Libya, Syria terus kacau

ASKAR-ASKAR pemberontak berdiri di atas sebuah kereta kebal tentera Muammar Gaddafi yang ditawan di Misrata kelmarin.

BEIRUT – Seorang jurucakap pihak pemberontak menyatakan bandar Misrata bebas daripada tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam setelah bandar ketiga terbesar di Libya itu dikepung selama hampir dua bulan.

Beberapa askar Gaddafi yang ditawan pemberontak di Misrata berkata, mereka diarah supaya berundur manakala pemerintah Libya terdahulu memberitahu, tugas memerangi pemberontak telah diambil alih oleh puak-puak tempatan.

“Misrata kini bebas, pemberontak telah menang. Sebahagian tentera Gaddafi berundur dan ramai yang dibunuh,” kata jurucakap pemberontak, Gemal Salem, dalam wawancara telefon dengan agensi berita Reuters dari bandar itu.

Misrata merupakan satu-satunya bandar di barat Libya yang jatuh ke tangan pemberontak.

Terdahulu, pada hari yang sama, jet-jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membedil kedudukan tentera Gaddafi di ibu kota Libya, Tripoli dan turut memusnahkan beberapa belas buah trak dan kenderaan membawa askar pemimpin Libya itu berhampiran bandar Adabiyah.

Sementara itu di Syria, berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di ibu kotanya, Damsyik semalam untuk mendesak agar Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan.

Para penunjuk perasaan kembali berarak di jalan-jalan raya selepas pasukan keselamatan menembak mati sekurang-kurangnya 88 orang bagi menyuraikan protes besar-besaran di negara itu kelmarin.

Beberapa aktivis berkata, kematian berlaku di serata tempat di Syria termasuk bandar pelabuhan Latakia, Homs, Hama, Damsyik dan perkampungan Izra’a.

Tindakan keras pihak berkuasa Syria terhadap para penunjuk perasaan itu dikecam ramai pemimpin antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Di sebuah lagi negara Asia Barat, Yemen, hampir semua kedai, pasar dan sekolah di bandar Aden ditutup semalam sebagai tanda protes terhadap Presiden Ali Abdullah Salleh.

Tinjauan agensi berita Reuters mendapati bandar pelabuhan di selatan Yemen itu lengang dengan hampir tiada kenderaan dilihat di jalan-jalan raya.

Pergolakan di tiga negara berkenaan bermula selepas kejatuhan Presiden Tunisia, Zine El Abidine ben Ali dan rakan sejawatnya dari Mesir, Hosni Mubarak pada awal tahun ini susulan gelombang kebangkitan rakyat.

Penduduk di Asia Barat kini bangkit menentang pemerintah mereka kerana menuntut pembaharuan politik, ekonomi dan kebebasan bersuara. – Agensi

Panas! 28 ADUN BN Sarawak akan lompat parti?

Oleh Milo Suam

Berita ini diperolehi daripada Twitter salah seorang blogger gerombolan songkok tinggi yang terkenal. Bagaimanapun nama blogger tersebut tidak disiarkan di sini memandangkan beliau tidak mahu perkara ini dihebohkan.

Menurut blogger ini, 28 ADUN Barisan Nasional yang telah memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini terdiri daripada kaum Iban dan Bidayuh, akan bertindak keluar BN untuk menyertai parti lawan sekiranya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merangkap perompak wang rakyat tidak mahu meletak jawatan.

Di bawah ini screenshotyang diambil daripada akaun Twitter blogger tersebut.

Bagaimanapun, ReJaM© menganggap berita ini hanyalah sekadar cakap-cakap atau khabar angin yang tidak perlu digembar gemburkan. Barangkali ada gesaan dari “orang dalam” Barisan Nasional yang mahu Taib Mahmud segera meletak jawatan kerana menyedari beliau selama ini jelas menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional. Ini jelas kerana salah laku beliau sudah menjadi bangkai gajah yang tidak mampu ditutup dengan tudung saji.
Salah seorang orang dalam BN yang bersungguh-sungguh mahu Taib Mahmud meletak Jawatan adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin. Beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu Taib meletak jawatan meskipun keputusan PRN Sarawak belum lagi diketahui secara rasmi [MsianInsider].
Kalau dilihat, sekiranya berita ini benar, terdapat tekanan dalaman yang mahu Taib Mahmud segera berundur untuk menaikkan nama Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri hasil peralihan kuasa. Taib Mahmud bakal menerima nasib seperti bekas menteri Besar Selangor Khir Toyo yang didakwa atas kesalahan rasuahnya yang sudah bertahun-tahun didedahkan hanya selepas hilang jawatan, untuk menaikkan nama Barisan Nasional.
Bak kata Khir Toyo di dalam blognya “Bila pokok rebah, kura-kura pun boleh panjat”.

ReJaM© “Nasib kaulah Taib Mahmud, kita lihat siapa yang kena… jangan calon PR yang lompat dah ler…”

Raja Petra beri keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok

Oleh malaysianinsider

KUALA LUMPUR, 23 April – Raja Petra Kamarudin memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini, dipercayai berhubung akuan bersumpah (SD) beliau menyentuh kes wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Jun 2008 dan pendedahan terbaru menerusi temu bual televisyen dua minggu lalu.

Blogger kontroversial itu (gambar)kini berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

“Raja Petra Kamarudin, yang berada di Bangkok sekarang, telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di sana bahawa beliau perlu ke pejabat misi di ibu negara Thai untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai (9 malam waktu Malaysia),” kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia.

Kenyataan itu menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula.

“Mereka minta beliau (Raja Petra) pergi ke Kedutaan Malaysia dengan segera sebaik sahaja ceramahnya selesai,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah, Raja Petra yang sebelum ini dilaporkan berada dalam buangan kendiri di London dan baru-baru ini di Australia dan Bali, Indonesia tidak ditahan.

Turut bersama Raja Petra, yang juga Pengerusi MCLM ialah presidennya Haris Ibrahim.

Kenyataan itu tidak menyebut sebab keterangan diambil dan siapa yang menemu bual Raja Petra.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata Raja Petra memberikan keterangan secara sukarela kepada pegawai-pegawai PDRM dari Bukit Aman di Kedutaan Malaysia malam ini ekoran permintaan kepada blogger itu.

Khalid mendedahkan perkara ini selepas MCLM mengumumkan Raja Petra diminta memberi kenyataan.

Bagaimanapun Khalid tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenai pertemuan Raja Petra dan polis itu.

Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu.

Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sehubungan itu kata Raja Petra, SD yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.

“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil,” katanya.

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Raja Petra turut menamakan blogger Din Merican. Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya pernah bekerja di pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam SDnya, Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Sebelum ini Raja Petra berkata beliau pernah memberikan keterangan kepada polis mengenai SD itu ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tiga hari selepas siaran temu bual itu, Kementerian Pertahanan menafikan pernah wujudnya “maklumat” berkaitan Altantuya — dirujuk sebagai laporan risikan, yang didakwa Raja Petra Raja diperoleh daripada sumber-sumber boleh dipercayai, untuk digunakan dalam SD tiga tahun lalu.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, “pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu.”

Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM,” katanya lagi.

Projek EMAIL 1MALAYSIA tidak lebih dari tindakan Najib untuk menyelamatkan syarikat adik dia di BSKL. ?

Projek EMAIL 1MALAYSIA tidak lebih dari tindakan Najib untuk menyelamatkan syarikat adik dia di BSKL. Syarikat yg dah nak melingkup, bakal mendapat suntikan RM50juta wang rakyat telah meningkatkan saham syarikat tersebut dari bawah 10sen sesaham melonjak kepada lebih dari 30sen sesaham dalam masa tidak sampai sebulan.

FYI : Azman Shapawi

Model Perodua Terbaru – Bezza

Posted by Addin at 4/23/2011
Gambar-gambar ini diterima melalui email. Menurut sumber tersebut, ini adalah model prototaip Produa Bezza. Memang cantik design kereta model ni. Tapi harganya mungkin sama macam harga kereta import kan?

Husam Musa : PAS Perlu Disegarkan, Bukan Ganti Hadi

Posted by Addin at 4/23/2011
KUALA LUMPUR – Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13. Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya. Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada… yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS. “… kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti… mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Kata Husam, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS. “Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.

“Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa. “Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain… tidak sama. “Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula,” katanya.

Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti. Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan. Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.
Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN. “Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS.
“Bila berpecahnya Pakatan Rakyat… berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa,” katanya./TMI

Panas: Penduduk Kuantan Pasti Terus Teraniaya, Rupanya Bahan Mentah ‘Rare Earth’ Dari Negara Malawi Juga Akan Di Proses Oleh Lynas Di Gebeng

KUANTAN, 23 April – Penduduk di bandar ini dijangka pasti akan terus teraniya dengan taktik dan permainan licik “Kerajaan Malaysia” jika mereka berdiam diri dan tidak membantah projek Lynas di Gebeng ini. Ia berikutan banyak maklumat terbaru kini telah berjaya dibongkarkan bagi membuktikan projek tersebut memang tidak “relevan” untuk diteruskan. Hasrat kerajaan untuk melantik panel bebas bagi mengkaji projek ini adalah satu usaha “sia-sia” yang dijangka akan memerangkap rakyat itu sendiri. Kita tidak tahu siapakah pakar yang akan terlibat dan berapa banyak wang yang akan memperolehi. Dalam keadaan sekarang, Lynas dan Kerajaan Malaysia boleh membayar sesiapa sahaja untuk menjadi pakar bagi menyokong projek tersebut. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat mahu projek itu dibatalkan. Soalnya, apakah kerajaan berani membatalkan projek berkenaan selepas mereka sendiri melihat “keuntungannya di kemudian hari”. Justeru itu juga kita tidak hairan kerajaan menawarkan “Tax Holidays”, dengan tidak mengenakan cukai selama 12 tahun kepada Lynas. Agenda tersembunyi mereka sudah pun kami dedahkan dalam artikel terdahulu. Cuma kali ini kami mahu dedahkan pula tentang bahaya “radioaktif” yang akan dihadapi oleh rakyat Kuantan rupanya bukan sahaja dari bahan mentah “rare earth” yang dibawa khas dari Mount Weld, Australia. Rupanya, Lynas juga akan memunggah “rare earth” dari negara Malawi untuk diproses di Gebeng.

Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka. Grain Malunga (foto), Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi. Malunga juga menyatakan bahawa Malawi tidak mempunyai kepakaran mahupun kemampuan untuk membina loji pemprosesan nadir bumi. Nadir bumi yang di lombong di Malawi akan di hantar ke Kilang Lynas di Gebeng Kuantan untuk diproses sebelum dijual dipasaran antarabangsa. Perlombongan dan pemprosesan akan dilakukan sepenuhnya oleh Lynas. Lynas akan melakukan sedaya mungkin untuk melawan eksploitasi China dalam penjualan nadir bumi yang telah diproses.Ini bermakna bahaya yang bakal menimpa rakyat kini semakin besar dan lebih menggerunkan. Ternyata kini, projek tersebut wajar dibatalkan demi keselamatan. Rakyat tidak mahu lagi sebarang alasan dari pihak kerajaan bagi meneruskan projek itu.


Klik imej untuk besarkan gambar atau sila klik bukti DI SINI

[Dengan maklumat terbaru ini, bermakna sisa buangan radioaktif Thorium yang bakal dikeluarkan adalah lebih tinggi daripada apa yang dijangka. Maknanya, kenyataan kononnya sisa tersebut selamat hanya berdasarkan kepada bahan rare earth dari negara Australia ternyata meleset apabila Lynas juga mengikat perjanjian untuk membawa masuk bahan terbabit dari negara Malawi. Kerajaan tidak boleh lagi menipu rakyat dalam hal ini. Kebenaran akhirnya akan terbongkar jua. Maklumat terkini diterima mengatakan kini “raw meterial rare earth” dari Mount Weld Australia sudah pun tiba di Pelabuhan Kuantan (Tg.Gelang). Jika benar dakwaan ini, maka kenapa kerajaan membenarkannya. Sedangkan mereka mengatakan Lynas tidak akan mendapat lesen pra operasi jika tidak menepati syarat yang ditetapkan. Ini membukti mereka hanya mengaburi mata rakyat, sedangkan projek tersebut 200% akan diteruskan tanpa sebarang sekatan. Untung besar yang lebih diutamakan daripada keselamatan rakyat. Maka itulah rakyat perlu bangkit untuk membantah!].

//

Eksklusif: ‘Rahsia’ Terbongkar, Patutlah Kerajaan Malaysia Beriya-Iya Pertahankan Lynas, Rupanya Mereka Ada Projek Besar Daripada Sisa Radioaktif

Keputusan Kerajaan Malaysia mengarahkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan orang ramai bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu. Difahamkan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Keputusan tersebut nampaknya sungguh menggembirakan Lynas Malaysia Sdn Bhd. Sementara itu, Mashal Ahmad selaku CEO Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang “rare earth” di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu. Lynas yakin kajian itu akan mengesahkan semula yang kilang itu selamat dan tidak membahayakan kepada komuniti atau pekerja mereka. Syarikat itu juga berharap kajian akan siap dalam masa sebulan dan dipercayai tidak akan memberi kesan dengan jangkaan tarikh siap projek itu. Lynas kononnya akan terus bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia termasuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pembinaan projek terus memenuhi semua keperluan dan mematuhi standard antarabangsa kata kenyataan terbabit.


Inilah dia CEO Lynas Malaysia yang bernama Dato’ Mashal Ahmad itu

Bukti anak cacat seperti diceritakan mangsa radiaoaktif di Bukit Merah

Soalnya sekarang, apakah semua ini selesai dengan tindakan kerajaan ini?. Siapakah pakar bebas yang dimaksudkan itu? Atau mungkin juga pakar itu ditawarkan oleh pihak Lynas sendiri. Jika ini berlaku, apakah panel bebas itu boleh telus dan adil untuk rakyat?. Bagaimana pula jika semua pakar itu telah “dibeli” oleh Lynas supaya mengeluarkan kenyataan yang menyokong projek syarikat berkenaan. Semua ini adalah satu “berita malang” buat rakyat Kuantan sebenarnya. Justeru itu kami cuba menyiasat, kenapakah Kerajaan Malaysia beriya-iya masih mahu mempertahankan projek berisiko ini tanpa mahu mengambilkira hati dan perasaan rakyat. Malah, kita juga hairan kenapa Kerajaan Negeri Pahang sendiri seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang malah memberikan berbagai alasan untuk mempertahankan projek tersebut. Maka, akhirnya barulah ditemui “rahsia besar” kenapa projek Lynas ini mesti diteruskan. Rakyat membantah kerana “Thorium” iaitu siasa buangan beradioaktif yang bakal terhasil daripada bahan mentah “rare earth”. Rupa-rupanya, mereka “makan dua kali”, dan ini bukanlah cerita dongeng tetapi berasaskan fakta dan kebenaran. Ia bersumberkan kepada beberapa penemuan penting oleh seorang pakar dalam bidang berkaitan ialah Dr.Carlo Rubbia. Rupanya bahan itulah yang paling berharga kerana ia boleh digunakan untuk tenaga. Malah kajian Dr.Carlo mendapati satu tan Thorium boleh menggantikan 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan Arang Batu. Bukankah ini cukup menakjubkan sebenarnya. Ikuti pendedahan eksklusif kami tentang isu ini.

Thorium Akan Jadi Mineral Penting Loji Nuklear

Dr.Carlo Rubbia (foto), salah seorang pemenang hadiah Noble pada tahun 1986 yang merupakan pengkaji fizik di Organisasi Kajian Nuklear Eropah (European Organization for Nuclear Research -CERN) telah memaklumkan hasil kajian berkenaan Thorium. Thorium boleh digunakan untuk menjana elektrik diloji penjaaan elektrik berkuasa nuklear. Selama ini uranium digunakan disemua loji penjanaan elektrik berasaskan nuklear. Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil dan loji nuklear yang menggunakan uranium adalah terdedah kepada risiko sepertimana yang terjadi di Loji Nuklear Fukushima, Jepun. Uranium juga bukan mudah diperolehi kerana tidak banyak negara yang menjadi pengeluar dan pengekspot uranium. Tiga negara terbesar pengekspot uranium ialah Kazakstan, Canada dan Australia. Ketiga-tiga negara ini mengeluarkan hampir 63% dari keperluan uranium dunia. Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil justeru pihak pengkaji dan ahli fizik telah membuat kajian mendalam berkenaan Thorium dan hasilnya, Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari uranium dan 3.5 juta kali lebih berkuasa dari arang batu dan boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik. Disebabkan Thorium adalah beradioaktif maka Thorium hanya boleh digunakan diloji penjanaan elektrik berkuasa nuklear. Di seluruh dunia terdapat 442 loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear yang menghasilkan 372 gigawatt elektrik untuk keperluan dunia dan ini merangkumi 14% dari keperluan dan kegunaan elektrik seluruh dunia. Dalam keadaan ini Thorium dilihat sebagai mineral yang paling sesuai untuk menggantikan penggunaan uranium.


Inilah dia bentuk bahan radioaktif Thorium yang cukup berharga itu

Di sinilah bahan mentah rare earth diambil untuk dibawa ke Malaysia

Setakat ini pengeluar Thorium terbesar dunia adalah negara China. Saintis di China telah pun memulakan kajian untuk membina reaktor nuklear yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah asas. Sebuah syarikat dari Norway, Aker Solutions telah membeli idea dan kajian Dr. Carlo Rubbia yang telah dipatenkan. Kini Aker Solutions menjalankan kerjasama dengan China untuk membina reaktor nuklear pertama dunia yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah. Kos pembinaan satu loji yang boleh beroperasi dengan baik dijangka mencecah RM7 billion. Malah syarikat ini juga merupakan pelabur pertama dan terbesar melabur di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Syarikat terbabit melabur RM400 juta untuk membina sebuah pusat pengeluaran yang akan memainkan peranan penting menyokong eksplorasi minyak dan gas mereka di Asia Pasifik. Susulan dengan maklumat tersebut Kerajaan Malaysia kini sedang giat mengkaji dan ingin membina loji nuklear untuk menjana kuasa elektrik. Walaupun telah berlaku tragedi nuklear di loji Fukushima, Kerajaan Malaysia akan meneruskan kajian dan pembinaan loji nuklear.


Lihat, kolam yang dikatakan digunakan untuk menyimpan Thorium

Kerja-kerja pembinaan kini sedang rancak dijalankan oleh pihak Lynas

Biar pun ada bantahan rakyat, kerja pembinaan masih tetap diteruskan

Kenapa ini berlaku, lihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa “Malaysia Perlu Loji Nuklear“. Malah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon dalam satu kenyataan, keputusan muktamad sama ada Malaysia akan membina loji tenaga nuklear bagi menjana kuasa elektrik akan diputuskan pada 2012. Beliau juga ada berkata kerajaan juga mungkin menghadapi cabaran dari segi kos memandangkan pembiayaan awal mewujudkan loji nuklear ini adalah empat kali ganda lebih mahal berbanding loji arang batu. Bagaimanapun pada jangka masa panjang ia akan menguntungkan kerana sangat mesra alam disebabkan tiada bahan pencemaran. Ini kerana Kerajaan Malaysia akan menggunakan Thorium dan bukan uranium.


Rupanya, Thorium amat berguna sebagai bahan mentah asas loji nuklear

Ternyata kebakaran besar di Loji Nuklear Jepun tidak menjadi ikhtibar

Kerajaan tidak berani umumkan perkara ini kerana menunggu Kerajaan China melakukannya terlebih dahulu dan bila China telah berjaya maka barulah kerajaan akan umumkan peminaan loji nuklear di negara ini. Ini membuktikan sebab musabab kenapa Malaysia sanggup bertindak membelakangkan rakyat dalam isu pembinaan kilang memproses rare earth di di Gebeng. Kilang Lynas di Gebeng yang akan beroperasi kelak dijangka menghasilkan puluhan ribu tan Thorium sebagai sisa beradioaktif dan mereka telah mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan dari kerajaan Malaysia untuk menyimpan sisa ini di Gebeng untuk selama-lamanya. Agensi Pelesenan Tenaga Atom (AELB) pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa Thorium boleh disimpan di Malaysia tetapi bukan untuk selama-lamanya. Ketua Pengarahnya, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan menafikan telah meluluskan rancangan Lynas untuk menyimpan sisa buangan radioaktif lojinya di Gebeng sambil menegaskan, syarikat Australia itu tidak akan dibenar menyimpan ratusan tan meskipun ia masih menganggapnya selamat. Ini membuktikan bahawa Thorium itu akan disimpan dan akan digunakan di Malaysia, sebab itu mereka kata boleh disimpan tapi bukan untuk selama-lamanya. Malaysia memerlukan Thorium tersebut, untuk digunakan sebagai bahan mentah di loji nuklear yang akan dibina.

Thorium Lebih Berharga Pada Masa Akan Datang

Disebabkan Malaysia bukanlah pengeluar uranium, maka kerajaan beranggapan dengan adanya stok Thorium yang besar di Gebeng, maka Malaysia bukan sahaja tidak akan menghadapi masalah untuk memperolehi bahan mentah tersebut, tetapi Malaysia juga boleh manjadi pengekspot Thorium yang penting di dunia. Ini dapat mengelakkan Malaysia dari membayar kos yang besar untuk pembelian uranium dari negara lain. Suatu hari nanti pengekspotan Thorium akan menjadi satu industri yang sama penting dengan kelapa sawit dan getah. Bayangkan harga setiap ton Thorium dipasaran dunia bila pasaran dikuasai oleh hanya dua negara iaitu China dan Malaysia. Sementara itu CEO Lynas Corporation Ltd, Nicholas Curtis (foto) pula khabarnya mahukan Lynas Malaysia Sdn Bhd beroperasi di Gebeng untuk menaikkan harga saham syarikat itu dan untuk menguasai pasaran pembekalan nadir bumi di Jepun dan Eropah. Kini terbukti kenapa kerajaan Malaysia pula beria-ria mahukan projek ini diteruskan, ia kerana faktor Thorium yang akan dapat memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara walaupun terpaksa menggadaikan keselamatan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia. Justeru itulah rakyat perlu terus bangkit menentang projek ini tanpa ada sebarang alasan. Kita mempunyai asas yang kukuh untuk membatalkan projek ini, kerana mereka yang terlibat mempunyai agenda tersembunyi yang pasti akan memperjudikan nasib rakyat itu sendiri.

[Setelah melihat apa yang tersirat dalam isu ini, maka tahulah kita kenapa Kerajaan Malaysia begitu beriya-iya mempertahankan Lynas tanpa mengambilkira bantahan rakyat. Sungguh malang nasib kita jika kerajaan seperti ini terus disokong lagi dalam Pilihanraya Umum akan datang. Maka, jalan terbaik ialah pastikan mereka jatuh atau dijatuhkan demi masa depan rakyat tercinta. Marilah kita bersama-sama meneruskan bantahan ini, kerana mereka yang ada hari ini pasti tidak akan bertanggungjawab pada masa akan datang. Selama ini kita sangka “Thorium” yang ada radioaktif itu akan ditanam dan dibuangkan. Malah ada yang mengatakan akan dibuat simen dan sebagainya. Sekarang terbukti, mereka mempunyai agenda yang lebih besar dari yang telah kita ketahui. Oleh itu, teruskan bantahan dan pastikan semua rakyat dapat maklumat ini untuk disebarkan. Jangan cuba untuk persiakan masa depan anak cucu kita].- sumber rujukan

%d bloggers like this: