Panas: Penduduk Kuantan Pasti Terus Teraniaya, Rupanya Bahan Mentah ‘Rare Earth’ Dari Negara Malawi Juga Akan Di Proses Oleh Lynas Di Gebeng

KUANTAN, 23 April – Penduduk di bandar ini dijangka pasti akan terus teraniya dengan taktik dan permainan licik “Kerajaan Malaysia” jika mereka berdiam diri dan tidak membantah projek Lynas di Gebeng ini. Ia berikutan banyak maklumat terbaru kini telah berjaya dibongkarkan bagi membuktikan projek tersebut memang tidak “relevan” untuk diteruskan. Hasrat kerajaan untuk melantik panel bebas bagi mengkaji projek ini adalah satu usaha “sia-sia” yang dijangka akan memerangkap rakyat itu sendiri. Kita tidak tahu siapakah pakar yang akan terlibat dan berapa banyak wang yang akan memperolehi. Dalam keadaan sekarang, Lynas dan Kerajaan Malaysia boleh membayar sesiapa sahaja untuk menjadi pakar bagi menyokong projek tersebut. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat mahu projek itu dibatalkan. Soalnya, apakah kerajaan berani membatalkan projek berkenaan selepas mereka sendiri melihat “keuntungannya di kemudian hari”. Justeru itu juga kita tidak hairan kerajaan menawarkan “Tax Holidays”, dengan tidak mengenakan cukai selama 12 tahun kepada Lynas. Agenda tersembunyi mereka sudah pun kami dedahkan dalam artikel terdahulu. Cuma kali ini kami mahu dedahkan pula tentang bahaya “radioaktif” yang akan dihadapi oleh rakyat Kuantan rupanya bukan sahaja dari bahan mentah “rare earth” yang dibawa khas dari Mount Weld, Australia. Rupanya, Lynas juga akan memunggah “rare earth” dari negara Malawi untuk diproses di Gebeng.

Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka. Grain Malunga (foto), Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi. Malunga juga menyatakan bahawa Malawi tidak mempunyai kepakaran mahupun kemampuan untuk membina loji pemprosesan nadir bumi. Nadir bumi yang di lombong di Malawi akan di hantar ke Kilang Lynas di Gebeng Kuantan untuk diproses sebelum dijual dipasaran antarabangsa. Perlombongan dan pemprosesan akan dilakukan sepenuhnya oleh Lynas. Lynas akan melakukan sedaya mungkin untuk melawan eksploitasi China dalam penjualan nadir bumi yang telah diproses.Ini bermakna bahaya yang bakal menimpa rakyat kini semakin besar dan lebih menggerunkan. Ternyata kini, projek tersebut wajar dibatalkan demi keselamatan. Rakyat tidak mahu lagi sebarang alasan dari pihak kerajaan bagi meneruskan projek itu.


Klik imej untuk besarkan gambar atau sila klik bukti DI SINI

[Dengan maklumat terbaru ini, bermakna sisa buangan radioaktif Thorium yang bakal dikeluarkan adalah lebih tinggi daripada apa yang dijangka. Maknanya, kenyataan kononnya sisa tersebut selamat hanya berdasarkan kepada bahan rare earth dari negara Australia ternyata meleset apabila Lynas juga mengikat perjanjian untuk membawa masuk bahan terbabit dari negara Malawi. Kerajaan tidak boleh lagi menipu rakyat dalam hal ini. Kebenaran akhirnya akan terbongkar jua. Maklumat terkini diterima mengatakan kini “raw meterial rare earth” dari Mount Weld Australia sudah pun tiba di Pelabuhan Kuantan (Tg.Gelang). Jika benar dakwaan ini, maka kenapa kerajaan membenarkannya. Sedangkan mereka mengatakan Lynas tidak akan mendapat lesen pra operasi jika tidak menepati syarat yang ditetapkan. Ini membukti mereka hanya mengaburi mata rakyat, sedangkan projek tersebut 200% akan diteruskan tanpa sebarang sekatan. Untung besar yang lebih diutamakan daripada keselamatan rakyat. Maka itulah rakyat perlu bangkit untuk membantah!].

//

Eksklusif: ‘Rahsia’ Terbongkar, Patutlah Kerajaan Malaysia Beriya-Iya Pertahankan Lynas, Rupanya Mereka Ada Projek Besar Daripada Sisa Radioaktif

Keputusan Kerajaan Malaysia mengarahkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan orang ramai bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu. Difahamkan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Keputusan tersebut nampaknya sungguh menggembirakan Lynas Malaysia Sdn Bhd. Sementara itu, Mashal Ahmad selaku CEO Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang “rare earth” di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu. Lynas yakin kajian itu akan mengesahkan semula yang kilang itu selamat dan tidak membahayakan kepada komuniti atau pekerja mereka. Syarikat itu juga berharap kajian akan siap dalam masa sebulan dan dipercayai tidak akan memberi kesan dengan jangkaan tarikh siap projek itu. Lynas kononnya akan terus bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia termasuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pembinaan projek terus memenuhi semua keperluan dan mematuhi standard antarabangsa kata kenyataan terbabit.


Inilah dia CEO Lynas Malaysia yang bernama Dato’ Mashal Ahmad itu

Bukti anak cacat seperti diceritakan mangsa radiaoaktif di Bukit Merah

Soalnya sekarang, apakah semua ini selesai dengan tindakan kerajaan ini?. Siapakah pakar bebas yang dimaksudkan itu? Atau mungkin juga pakar itu ditawarkan oleh pihak Lynas sendiri. Jika ini berlaku, apakah panel bebas itu boleh telus dan adil untuk rakyat?. Bagaimana pula jika semua pakar itu telah “dibeli” oleh Lynas supaya mengeluarkan kenyataan yang menyokong projek syarikat berkenaan. Semua ini adalah satu “berita malang” buat rakyat Kuantan sebenarnya. Justeru itu kami cuba menyiasat, kenapakah Kerajaan Malaysia beriya-iya masih mahu mempertahankan projek berisiko ini tanpa mahu mengambilkira hati dan perasaan rakyat. Malah, kita juga hairan kenapa Kerajaan Negeri Pahang sendiri seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang malah memberikan berbagai alasan untuk mempertahankan projek tersebut. Maka, akhirnya barulah ditemui “rahsia besar” kenapa projek Lynas ini mesti diteruskan. Rakyat membantah kerana “Thorium” iaitu siasa buangan beradioaktif yang bakal terhasil daripada bahan mentah “rare earth”. Rupa-rupanya, mereka “makan dua kali”, dan ini bukanlah cerita dongeng tetapi berasaskan fakta dan kebenaran. Ia bersumberkan kepada beberapa penemuan penting oleh seorang pakar dalam bidang berkaitan ialah Dr.Carlo Rubbia. Rupanya bahan itulah yang paling berharga kerana ia boleh digunakan untuk tenaga. Malah kajian Dr.Carlo mendapati satu tan Thorium boleh menggantikan 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan Arang Batu. Bukankah ini cukup menakjubkan sebenarnya. Ikuti pendedahan eksklusif kami tentang isu ini.

Thorium Akan Jadi Mineral Penting Loji Nuklear

Dr.Carlo Rubbia (foto), salah seorang pemenang hadiah Noble pada tahun 1986 yang merupakan pengkaji fizik di Organisasi Kajian Nuklear Eropah (European Organization for Nuclear Research -CERN) telah memaklumkan hasil kajian berkenaan Thorium. Thorium boleh digunakan untuk menjana elektrik diloji penjaaan elektrik berkuasa nuklear. Selama ini uranium digunakan disemua loji penjanaan elektrik berasaskan nuklear. Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil dan loji nuklear yang menggunakan uranium adalah terdedah kepada risiko sepertimana yang terjadi di Loji Nuklear Fukushima, Jepun. Uranium juga bukan mudah diperolehi kerana tidak banyak negara yang menjadi pengeluar dan pengekspot uranium. Tiga negara terbesar pengekspot uranium ialah Kazakstan, Canada dan Australia. Ketiga-tiga negara ini mengeluarkan hampir 63% dari keperluan uranium dunia. Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil justeru pihak pengkaji dan ahli fizik telah membuat kajian mendalam berkenaan Thorium dan hasilnya, Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari uranium dan 3.5 juta kali lebih berkuasa dari arang batu dan boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik. Disebabkan Thorium adalah beradioaktif maka Thorium hanya boleh digunakan diloji penjanaan elektrik berkuasa nuklear. Di seluruh dunia terdapat 442 loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear yang menghasilkan 372 gigawatt elektrik untuk keperluan dunia dan ini merangkumi 14% dari keperluan dan kegunaan elektrik seluruh dunia. Dalam keadaan ini Thorium dilihat sebagai mineral yang paling sesuai untuk menggantikan penggunaan uranium.


Inilah dia bentuk bahan radioaktif Thorium yang cukup berharga itu

Di sinilah bahan mentah rare earth diambil untuk dibawa ke Malaysia

Setakat ini pengeluar Thorium terbesar dunia adalah negara China. Saintis di China telah pun memulakan kajian untuk membina reaktor nuklear yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah asas. Sebuah syarikat dari Norway, Aker Solutions telah membeli idea dan kajian Dr. Carlo Rubbia yang telah dipatenkan. Kini Aker Solutions menjalankan kerjasama dengan China untuk membina reaktor nuklear pertama dunia yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah. Kos pembinaan satu loji yang boleh beroperasi dengan baik dijangka mencecah RM7 billion. Malah syarikat ini juga merupakan pelabur pertama dan terbesar melabur di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Syarikat terbabit melabur RM400 juta untuk membina sebuah pusat pengeluaran yang akan memainkan peranan penting menyokong eksplorasi minyak dan gas mereka di Asia Pasifik. Susulan dengan maklumat tersebut Kerajaan Malaysia kini sedang giat mengkaji dan ingin membina loji nuklear untuk menjana kuasa elektrik. Walaupun telah berlaku tragedi nuklear di loji Fukushima, Kerajaan Malaysia akan meneruskan kajian dan pembinaan loji nuklear.


Lihat, kolam yang dikatakan digunakan untuk menyimpan Thorium

Kerja-kerja pembinaan kini sedang rancak dijalankan oleh pihak Lynas

Biar pun ada bantahan rakyat, kerja pembinaan masih tetap diteruskan

Kenapa ini berlaku, lihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa “Malaysia Perlu Loji Nuklear“. Malah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon dalam satu kenyataan, keputusan muktamad sama ada Malaysia akan membina loji tenaga nuklear bagi menjana kuasa elektrik akan diputuskan pada 2012. Beliau juga ada berkata kerajaan juga mungkin menghadapi cabaran dari segi kos memandangkan pembiayaan awal mewujudkan loji nuklear ini adalah empat kali ganda lebih mahal berbanding loji arang batu. Bagaimanapun pada jangka masa panjang ia akan menguntungkan kerana sangat mesra alam disebabkan tiada bahan pencemaran. Ini kerana Kerajaan Malaysia akan menggunakan Thorium dan bukan uranium.


Rupanya, Thorium amat berguna sebagai bahan mentah asas loji nuklear

Ternyata kebakaran besar di Loji Nuklear Jepun tidak menjadi ikhtibar

Kerajaan tidak berani umumkan perkara ini kerana menunggu Kerajaan China melakukannya terlebih dahulu dan bila China telah berjaya maka barulah kerajaan akan umumkan peminaan loji nuklear di negara ini. Ini membuktikan sebab musabab kenapa Malaysia sanggup bertindak membelakangkan rakyat dalam isu pembinaan kilang memproses rare earth di di Gebeng. Kilang Lynas di Gebeng yang akan beroperasi kelak dijangka menghasilkan puluhan ribu tan Thorium sebagai sisa beradioaktif dan mereka telah mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan dari kerajaan Malaysia untuk menyimpan sisa ini di Gebeng untuk selama-lamanya. Agensi Pelesenan Tenaga Atom (AELB) pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa Thorium boleh disimpan di Malaysia tetapi bukan untuk selama-lamanya. Ketua Pengarahnya, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan menafikan telah meluluskan rancangan Lynas untuk menyimpan sisa buangan radioaktif lojinya di Gebeng sambil menegaskan, syarikat Australia itu tidak akan dibenar menyimpan ratusan tan meskipun ia masih menganggapnya selamat. Ini membuktikan bahawa Thorium itu akan disimpan dan akan digunakan di Malaysia, sebab itu mereka kata boleh disimpan tapi bukan untuk selama-lamanya. Malaysia memerlukan Thorium tersebut, untuk digunakan sebagai bahan mentah di loji nuklear yang akan dibina.

Thorium Lebih Berharga Pada Masa Akan Datang

Disebabkan Malaysia bukanlah pengeluar uranium, maka kerajaan beranggapan dengan adanya stok Thorium yang besar di Gebeng, maka Malaysia bukan sahaja tidak akan menghadapi masalah untuk memperolehi bahan mentah tersebut, tetapi Malaysia juga boleh manjadi pengekspot Thorium yang penting di dunia. Ini dapat mengelakkan Malaysia dari membayar kos yang besar untuk pembelian uranium dari negara lain. Suatu hari nanti pengekspotan Thorium akan menjadi satu industri yang sama penting dengan kelapa sawit dan getah. Bayangkan harga setiap ton Thorium dipasaran dunia bila pasaran dikuasai oleh hanya dua negara iaitu China dan Malaysia. Sementara itu CEO Lynas Corporation Ltd, Nicholas Curtis (foto) pula khabarnya mahukan Lynas Malaysia Sdn Bhd beroperasi di Gebeng untuk menaikkan harga saham syarikat itu dan untuk menguasai pasaran pembekalan nadir bumi di Jepun dan Eropah. Kini terbukti kenapa kerajaan Malaysia pula beria-ria mahukan projek ini diteruskan, ia kerana faktor Thorium yang akan dapat memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara walaupun terpaksa menggadaikan keselamatan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia. Justeru itulah rakyat perlu terus bangkit menentang projek ini tanpa ada sebarang alasan. Kita mempunyai asas yang kukuh untuk membatalkan projek ini, kerana mereka yang terlibat mempunyai agenda tersembunyi yang pasti akan memperjudikan nasib rakyat itu sendiri.

[Setelah melihat apa yang tersirat dalam isu ini, maka tahulah kita kenapa Kerajaan Malaysia begitu beriya-iya mempertahankan Lynas tanpa mengambilkira bantahan rakyat. Sungguh malang nasib kita jika kerajaan seperti ini terus disokong lagi dalam Pilihanraya Umum akan datang. Maka, jalan terbaik ialah pastikan mereka jatuh atau dijatuhkan demi masa depan rakyat tercinta. Marilah kita bersama-sama meneruskan bantahan ini, kerana mereka yang ada hari ini pasti tidak akan bertanggungjawab pada masa akan datang. Selama ini kita sangka “Thorium” yang ada radioaktif itu akan ditanam dan dibuangkan. Malah ada yang mengatakan akan dibuat simen dan sebagainya. Sekarang terbukti, mereka mempunyai agenda yang lebih besar dari yang telah kita ketahui. Oleh itu, teruskan bantahan dan pastikan semua rakyat dapat maklumat ini untuk disebarkan. Jangan cuba untuk persiakan masa depan anak cucu kita].- sumber rujukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: